Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
58) PELAKSANAAN SISTEM TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR MPHS
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah MPHS akan melaksanakan sistem tempat letak kereta berbayar pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
MPHS masih dalam peringkat perbincangan untuk melaksanakan sistem tempat letak kereta berbayar. Ianya merupakan satu kriteria yang ditetapkan dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan.
Ianya adalah selaras dengan keputusan MMKN ke 41/2020 bertarikh 02.12.2020 berkaitan “Hala Tuju Pengurusan Tempat Letak Kenderaan di PBT Negeri Selangor” yang mana “Sekiranya PBT terikat dengan Perjanjian Konsesi, Pengurusan Tempat Letak Kenderaan oleh PBT hendaklah dilaksanakan setelah tamat perjanjian bersama syarikat konsesi”. Pihak MPHS telah menandatangani dokumen perjanjian pada 05.08.1999.
-
Adakah MPHS mempunyai maklumat mengenai kes mahkamah Syarikat Godell Parking Sdn Bhd lawan MBPJ? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
Pihak MPHS hanya mengetahui secara amnya di mana pihak MBPJ telah menamatkan perjanjian konsesi dengan Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. Penamatan telah dibuat oleh MBPJ disebabkan terdapat kemungkiran di pihak syarikat untuk menjelaskan sewa bulanan walaupun pihak MBPJ telah mengeluarkan tiga notis ingkar yang menuntut pihak syarikat mengambil tindakan. Keputusan mahkamah telah berpihak kepada MBPJ.
-
Adakah MPHS menyedari sistem tempat letak kereta berbayar akan membebankan penduduk terutama dalam masa ekonomi terjejas akibat COVID-19?
Ianya perlu dilihat dalam konteks secara keseluruhan. Pelaksanaan Sistem Tempat Letak Kereta dapat membantu Majlis bagi mengatasi masalah dan isu yang berbangkit mengenai tempat letak kereta. Selain itu, perintah Tempat Letak Kereta telah lama diwartakan sejak tahun 2007.