Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

207) PELAKSANAAN SISTEM LETAK KERETA BERBAYAR MDHS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah benar MDHS akan melaksanakan sistem letak kereta berbayar pada tahun 2016? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Ya akan dilaksanakan mulai 01/06/2016 melalui kaedah penswastaan dengan syarikat konsesi iaitu Syarikat Godell Parking Sdn.

  2. Adakah MDHS akan mengadakan sesi pendengaran bantahan rakyat mengenai pelaksanaan sistem letak kereta sebelum sistem tersebut dilaksanakan? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Syarikat konsesi adalah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dari tahun 1998 untuk penyeragaman sistem kutipan letak kereta melalui kaedah penswastaan. Dan MDHS telah menandatangani perjanjian dengan syarikat pada 05/08/1999.

  3. Adakah MDHS sedar penduduk pernah membuat bantahan terhadap sistem letak kereta berbayar di kawasan Kuala Kubu Bharu pada 14 Oktober 2014 dengan alasan ekonomi kawasan tersebut kurang berkembang dan belum mencapai tahap pengangkutan bandar (urban transportation)?

    Tidak pernah kerana MDHS hanya menerima bantahan daripada Y.B. Adun Kuala Kubu Bharu melalui media

Lampiran

Tiada Lampiran.