Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

176) PELAKSANAAN PROGRAM JOBCARE

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah strategi pelaksanaan program JobCare?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali

    Untuk makluman Yang Berhormat Meru, program Karnival Jelajah Jobcare adalah merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia bagi membantu rakyat Negeri Selangor mendapatkan pekerjaan dan menjana pendapatan. Pelaksanaan program ini secara tidak langsung membantu mengukuhkan pasaran buruh dan menangani isu pengangguran di negeri Selangor.

    Program berkonsepkan pameran kerjaya dan temuduga terbuka ini dilaksanakan secara usahasama bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak tahun 2021. Pada peringkat awal pelaksanaannya, program ini bermatlamat membantu rakyat negeri ini yang kehilangan pekerjaan dan menangani isu pengangguran yang tinggi akibat pandemik Covid-19.

    Program ini dilaksanakan secara berperingkat di sembilan (9) daerah negeri Selangor setiap tahun dan terbuka kepada semua golongan pencari kerja untuk menerokai potensi diri dan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan yang dipilih dalam kawasan komuniti berkenaan. Pelaksanaan program ini melibatkan penyertaan 25 hingga 30 majikan di setiap daerah yang menawarkan 35,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor dan industri.

    Selain pameran kerjaya dan temuduga terbuka, pencari kerja berpeluang mendapatkan khidmat nasihat penyediaan resume dan persediaan temuduga melalui klinik konsultasi oleh PERKESO. Pencari kerja juga boleh mendapatkan maklumat mengenai kerjaya dan inisiatif Kerajaan yang berkaitan daripada pempamer Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO.

    Bagi tahun 2024, pelaksanaan program di tujuh (7) daerah sehingga Oktober 2024 telah mencatatkan kehadiran seramai 1,859 orang peserta dengan 800 orang peserta berjaya mendapat pekerjaan melalui temuduga terbuka di lokasi program. Manakala, peserta yang ditawarkan temuduga kali kedua adalah seramai 1,526 orang. Berikut adalah statistik pelaksanaan program Karnival Jelajah Jobcare Selangor Tahun 2024 sehingga 31 Oktober 2024:

    BIL. PERKARA JUMLAH
    1. Pra-pendaftaran pengunjung 3,647
    2. Kehadiran 1,859
    3. Berjaya mendapat pekerjaan 800
    4. Temu duga kali kedua 1,526
    5. Gagal temu duga 726

    Sebagai penambahan kepada program Karnival Jelajah Jobcare Selangor Tahun 2024, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia turut menganjurkan satu program Karnival Jobcare Istimewa. Program ini mensasarkan pencari kerja daripada golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, bekas banduan, miskin/ asnaf, warga emas, wanita/ suri rumah kembali bekerja, pekerja yang kehilangan pekerjaan dan gelandangan.

    Program dengan usahasama PERKESO, JKM Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam ini melibatkan penyertaan 40 majikan yang menawarkan 4,600 kekosongan jawatan daripada pelbagai sektor dan industri. Selain pameran kerjaya, temuduga terbuka dan klinik konsultasi, sesi taklimat dan forum turut diadakan bagi memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada majikan dan pencari kerja berkenaan inisiatif Kerajaan berkaitan kerjaya termasuk program di bawah JKM melibatkan pengambilan pekerja dalam kalangan OKU.

    Seramai 185 orang peserta daripada 428 yang hadir telah berjaya mendapat pekerjaan melalui temu duga terbuka di lokasi program. Manakala, seramai 253 orang peserta ditawarkan temu duga kali kedua. Berikut adalah statistik pelaksanaan program Karnival Jobcare Istimewa Selangor Tahun 2024 Bersama MyFutureJobs:

    BIL. PERKARA JUMLAH
    1. Pra-pendaftaran pengunjung 1,010
    2. Kehadiran 428
    3. Berjaya mendapat pekerjaan 185
    4. Temu duga kali kedua 253
    5. Gagal temu duga 116
  2. Berapakah bilangan peserta yang menyertai program Jobcare 2024 dan bilangan yang telah berjaya mendapat kerja menerusi program tersebut?

Lampiran

Tiada Lampiran.