Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
382) PELAKSANAAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah impak kewangan yang ditanggung Kerajaan Negeri hasil pelaksanaan pengecualian cukai taksiran kepada kampung tradisi dan rumah kos rendah sebelum ini ? Apakah sasaran kutipan daripada pengenalan semula cukai taksiran ini ?
Kerajaan Negeri telah memberikan pengecualian cukai taksiran kediaman kampung dan rumah kos rendah bermula tahun 2016 sehingga 2023 dan pengecualian cukai taksiran secara bersasar pada tahun 2024 bagi kediaman kampung. Jumlah pengecualian cukai kediaman kampung dan kos rendah bagi tempoh tersebut berjumlah RM462.81 juta.
Bagi kediaman kos rendah masih menerima pengecualian cukai pintu pada tahun 2024, jumlah keseluruhan cukai taksiran yang tidak dapat dikutip adalah RM54.37 juta melibatkan 340,748 pegangan. Namun bagi kediaman kampung ianya dilaksanakan secara bersasar dan anggaran keseluruhan pengecualian berjumlah RM11.22 juta melibatkan 98,483 pegangan.