Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

143) PELAKSANAAN PARKIR BERBAYAR DI PBT MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional pelaksanaan parkir berbayar tersebut?

    Pelaksanaan kawalan parkir adalah bagi tujuan kawalan dan mendidik orang awam mematuhi peraturan dan menguatkuasakan undang seperti yang termaktub dalam Perintah Pengangkutan Jalan MDKS  2007.

    Pelaksanaan kawalan parkir adalah satu tindakan kawalan trafik bagi isu kesesakan tempat letak kereta di kawasan komersial.

  2. Berapakah jangkaan jumlah kutipan hasil daripada perlaksanaan parkir berbayar tersebut?

    Jangkaan jumlah kutipan hasil daripada perlaksanaan kawalan parkir adalah anggaran sebanyak RM 1,096.200.00 setahun dengan jumlah petak sebanyak 6,090.

  3. Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terperinci bagi melaksanakan parkir berbayar tersebut?

    Ia tertakluk kepada kajian bagi pelaksanaan parkir berbayar oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Kuala Selangor adalah badan pelaksana kepada keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.