Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

159) PELAKSANAAN MANIFESTO KERAJAAN NEGERI PAKATAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi semasa pelaksanaan semua manifesto kerajaan Pakatan negeri.

    Pada tahun 2017 didapati keadaan pasaran harta tanah di seluruh kawasan Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor secara amnya adalah stabil. Walaubagaimanapun terdapat tren yang menunjukkan harga rumah yang berharga RM500,000 seunit dan ke atas mengalami sedikit penurunan harga di setengah-setengah kawasan tertentu.

    Fokus jawapan pertanyaan ini hanya kepada harta tanah jenis rumah teres 2 tingkat sahaja.Julat harga bagi harta tanah di semua PBT di Selangor adalah seperti berikut:

    PBT Lingkungan Harga (RM/unit)
    1.    Majlis Bandaraya Petaling Jaya 1,450,000 -1,670,000
    2.    Majlis Bandaraya Shah Alam 499,000 – 612,000
    3.    Majlis Perbandaran Subang Jaya 670,000 – 935,000
    4.    Majlis Perbandaran Kajang 570,000 – 730,000
    5.    Majlis Daerah Kuala Selangor 310,000 – 320,000
    6.    Majlis Daerah Sabak Bernam Tiada
    7.    Majlis Daerah Kuala Langat 335,888 – 410,000
    8.    Majlis Perbandaran Sepang 400,000
    9.    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 490,000 – 800,000
    10. Majlis Perbandaran Kajang 545,000 – 590,000
    11. Majlis Daerah Hulu Selangor 145,000 – 260,000
    12. Majlis Perbandaran Selayang 550,000 – 700,000

    Sumber: Data pindahmilik harta tanah yang direkodkan oleh JPPH dalam tempoh Jul-Dis 2016 dan Jan-Jun 2017

    Nota1 : Tiada = tiada pindahmilik rumah 2 tingkat direkodkan di kawasan MDSB

     

    Secara keseluruhannya harta tanah di seluruh PBT di Negeri Selangor masih lagi mempunyai prospek yang baik terutamanya di kawasan PBT-PBT yang terletak di kawasan yang telah mantap pembangunannya (established area) seperti di kawasan MBPJ, MBSA, MPSJ, MPAJ, MPK dan MPKj. Beberapa kawasan pembangunan pembangunan yang baru dijangka dapat menggalakkan perkembangan industri harta tanah di Selangor seperti Bandar Elmina (Elmina City). Bandar Elmina yang terletak di kawasan pentadbiran MBSA dirancang supaya ia menjadi perbandaran holistik yang lengkap dengan kemudahan, keselamatan, akses ke pusat bandar, kegiatan ekonomi dan kejiranan yang baik. Walaupun pembangunan perumahan sedemikian mendapat permintaan, tetapi tumpuan seharusnya diberikan kepada pembinaan rumah-rumah mampu milik di setiap kawasan kerana rumah-rumah kategori ini masih mempunyai permintaan yang tinggi.

  2. Berapakah jumlah kewangan yang telah digunakan untuk melaksanakan manifesto-manifesto tersebut?

    Setakat ini tidak terdapat sebarang mekanisma yang digariskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai garis panduan kepada Kerajaan Negeri. untuk mengawal kenaikan nilai hartanah. Pengawalan terhadap nilai hartanah swasta tidak tersenarai dalam Kanun Tanah Negeri mahupun lain-lain perundangan yang berkaitan perumahan dan hartanah secara khusus memandangkan Malaysia mengamalkan pasaran bebas dan menjadi hak kepada penjual dan pembeli menentukan harga, berdasarkan prinsip ‘willing seller and willing buyer. Hak terhadap harta juga terkandung sebagai hak asasi manusia yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.