Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
191) PELAKSANAAN KONSEP BUKU JINGGA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan konsep buku jingga setakat tahun 2013
Kerajaan Negeri lebih memfokuskan perbelanjaan dengan merujuk kepada manifesto Negeri Selangor melalui konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Setakat ini MES telah membelanjakan sejumlah RM1 billion bagi program- program di bawah skim tersebut. Kerajaan negeri tidak menjurus secara khusus kepada konsep Buku Jingga. Walau bagaimanapun saya percaya terdapat persamaan ketara di antara skim yang terdapat di dalam MES dengan Buku Jingga yakni mewujudkan pentadbiran yang bersih di mana rakyat menjadi timbang tara bagi kerajaan serta mengamalkan sistem agihan kebajikan dan hasil negeri tanpa pilih kasih mahupun amalan diskriminasi ke atas mana-mana kumpulan.
-
Sila kemukakan senarai untuk 7(a) di atas yang mana telah mencapai matlamatnya dan yang mana gagal serta sebabnya.
Sama seperti di SUB (a)