Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
98) PELAKSANAAN JANJI-JANJI PILIHANRAYA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di dalam manifesto pilihan raya ke 12, Pakatan Rakyat menyenaraikan janji-janji pilihan raya yang begitu hebat dan menarik hati rakyat. Di antaranya untuk memberi potongan 20% cukai taksiran, bantuan yuran tadika dan pra-sekolah, bantuan warga emas, bantuan perkahwinandan air percuma. Apakah jaminan kerajaan untuk menyempurnakan janji pilihan raya tersebut dan bila dapat dilaksanakan?
Kerajaan Negeri telah mengadakan Jawatankuasa Manifesto kerajaan
melibatkan agensi-agensi kerajaan bagi mengkaji pelaksanaan manifesto,
termasuk dengan bantuan terhadap golongan ibu-ibu tunggal, akan-anak yatim, kanak-kanak di nurseri, penuntut-penuntut universiti dan lain-lain golongan. Pelaksanaan bergantung kepada syor Jawatankuasa ini. -
Apakah bentuk bantuan kewangan yang telah dilaksanakan sehingga hari ini mengikut janji manifesto tersebut?
Bekalan air percuma bagi 20m3 akan dimulakan pada 1 Jun 2008 bagi semua
pengguna individu perumahan.