Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

130) PELAKSANAAN GAJI MINIMUM

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah gaji minimum dilaksanakan di Selangor?

    Penetapan gaji pokok serta elaun-elaun tetap yang layak diterima oleh seseorang Penjawat Awam adalah tertakluk sepenuhnya kepada skim gaji dan pekeliling yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia, Kerajaan bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah pada kadar RM1,200.00 sebulan  berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016.

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Ke 18/2016 pada 1 Jun 2016 telah bersetuju melaksanakan Gaji Permulaan Terendah tersebut bagi semua Penjawat Awam di Negeri Selangor berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016.

  2. Senaraikan menurut daerah bilangan warga kerja Selangor yang sudah menerima gaji minimum.

    Seramai 5,909 penjawat awam (termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri) menerima gaji kurang daripada RM1,200.00 sebulan sebelum pelaksanaan Gaji Permulaan Terendah bagi semua Penjawat Awam di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, kesemua penjawat awam tersebut telah menerima kadar gaji baru berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016. Pecahan penjawat awam yang terlibat adalah seperti berikut:

    BIL JABATAN / PDT / BBN / PBT JUMLAH KAKITANGAN TERLIBAT
    TETAP KONTRAK
    1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 109 126
    2. Perbendaharaan Negeri Selangor 16 51
    3. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor 3 2
    4. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 372 17
    5. Jabatan Mufti Negeri Selangor 8 5
    6. Jabatan Agama Islam Selangor 271 91
    7. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor 40 114
    8. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor 50 21
    9. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 97 0
    10. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor 157 37
    11. Jabatan Pertanian Negeri Selangor 27 1
    12. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor 19 0
    13. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor 71 4
    14. Pejabat DYMM Sultan Selangor 40 24
    15. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 6 1
    16. Pejabat Daerah dan Tanah Petaling 35 12
    17. Pejabat Daerah dan Tanah Klang 16 1
    18. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat 19 2
    19. Pejabat Daerah dan Tanah Gombak 31 0
    20. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat 16 0
    21. Pejabat Daerah dan Tanah Sepang 24 1
    22. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor 8 0
    23. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor 19 0
    24. Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam 11 0
    25. Majlis Bandaraya Shah Alam 52 445
    26. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 245 375
    27. Majlis Perbandaran Selayang 127 185
    28. Majlis Perbandaran Sepang 86 122
    29. Majlis Perbandaran Subang Jaya 102 346
    30. Majlis Perbandaran Kajang 133 228
    31. Majlis Perbandaran Klang 188 322
    32. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 39 123
    33. Majlis Daerah Kuala Langat 99 47
    34. Majlis Daerah Kuala Selangor 93 36
    35. Majlis Daerah Sabak Bernam 89 17
    36. Majlis Daerah Hulu Selangor 134 0
    37. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 91 61
    38. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor    
    39. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 47 0
    40. Lembaga Urus Air Selangor 13 11
    41. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 2 34
    42. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 9 25
    JUMLAH KESELURUHAN 3,014 2,895

    Sumber: Data Sistem HRMIS dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

  3. Apakah bentuk sokongan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membolehkan syarikat swasta melaksanakan gaji minimum?

    Tiada berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.