Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

207) PELAKSANAAN GAJI MINIMA DI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana dapat dilaksanakan dan agensi Kerajaan mana yang menikmati keistimewaan ini?

    Pelaksanaan gaji minimum di Selangor, yang diumumkan setakat ini hanya merangkumi :

    • Syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri Selangor
    • Syarikat tersebut mestilah dalam keadaan stabil

    Syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor terlibat dalam dasar baru kerajaan negeri Selangor ini, antaranya ialah :

    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) • Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
    • Worldwide Holdings Bhd.

    Selepas dilihat berjaya, dasar ini akan diperluaskan kepada syarikat-syarikat yang lain pula.

  2. Apakah strategi untuk melibatkan Syarikat-syarikat swasta

    Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan pihak NGO termasuk MTUC Negeri Selangor di bawah Geran Selangorku – Perlaksanaan Gaji Minima bagi merangka pelan dan strategi bagaimana ianya dapat dilaksanakan secara menyeluruh di negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.