Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

112) PELAKSANAAN GAJI MINIMA DI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan gaji minima bagi syarikat-syarikat milikan kerajaan (GLC). Bila keputusan ini dilaksanakan?

    Keputusan ini dilaksanakan pada 1hb Januari 2012

  2. apakah masalah yang timbul akibat tindakan ini?

    Tiada sebarang masalah yang timbul memandangkan memandangkan syarikatsyarikat Kerajaan Negeri yang di bawah MBI tidak mempunyai kakitangan yang digaji di bawah polisi gaji minima,

  3. Apakah saranan/ketegasan Kerajaan Negeri untuk melibatkan syarikat -syarikat swasta yang bertapak di Negeri Selangor?

    Tiada sebarang saranan / ketegasan Kerajaan Negeri dalam mempraktikkan polisi ini kerana perlaksanaan polisi gaji minima ini hanya melibatkan Syarikatsyarikat Kerajaan Negeri sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.