Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
172) PELAKSANAAN GAJI MINIMA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Pusat dan Kementerian Sumber Manusia telah bergerak ke hadapan dengan serius untuk melaksanakan gaji minima untuk pekerja . Pihak Kerajaan Negeri masih berlengah dan gagal menyediakan suatu mekanisme ke arah mengimplementasikannya di Selangor. Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk mengimplementasikan gaji minima ini di semua anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC)
- a) Buat ketika ini tiada sebarang cadangan yang dibuat oleh MBI untuk mengimplementasikan gaji minimum ini di semua anak-anak syarikat yang dipantau oleh MBI