Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

318) PELAKSANAAN EHSAN MART

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kaedah pelaksanaan Ehsan Mart.

    Ehsan Mart diwujudkan dengan objektif utama untuk memastikan golongan berpendapatan rendah di Selangor mempunyai akses berterusan kepada barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan.

    Premis ini akan dikendalikan oleh anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu PKPS Ehsan Agrotech Sdn Bhd (PEASB) dan berfungsi sebagai sebuah pasar raya yang menjual lebih 800 produk keperluan termasuk produk makanan jenama Ehsan seperti beras dan minyak masak.

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri merancang untuk membuka sekurang-kurangnya satu premis jualan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri dengan keutamaan diberikan kepada lokasi berhampiran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM).

    Pemilihan lokasi berhampiran PKM menjadikan pasar raya ini sebagai platform strategik untuk mengedarkan barangan keperluan asas dengan pantas dan berkesan khususnya ketika bencana atau darurat.

  2. Berapakah peruntukan yang diperlukan bagi pelaksanaan ini?

    Kos keseluruhan bagi pembinaan satu premis Ehsan Mart adalah sebanyak kira-kira RM400,000.

  3. Adakah Jualan Ehsan akan diteruskan selepas pelaksanaan Ehsan Mart?

    Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) bergerak tetap akan diteruskan namun pada masa hadapan JER akan dilaksanakan di premis Ehsan Mart manakala JER bergerak akan tertumpu pada acara perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.