Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
171) PELAJAR SELANGOR YANG TIDAK MENGAMBIL SPM 2023
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah-jumlah pelajar yang tidak mengambil SPM daripada Selangor?
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan jumlah pelajar yang tidak mengambil SPM 2023 di Selangor. Pada tahun 2023, seramai 68,733 calon sekolah telah didaftarkan untuk menduduki peperiksaan SPM 2023.
Berdasarkan jumlah keseluruhan calon sekolah di Selangor ini dapat dikategorikan iaitu calon Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia seramai 65,452 , calon Sekolah Agensi Kerajaan seramai 317, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 198 dan Sekolah Swasta seramai 2,766 calon.
Daripada jumlah keseluruhan calon Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang didaftarkan, seramai 63,728 calon telah hadir dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran manakala seramai 1,724 calon telah tidak hadir semua mata pelajaran bagi SPM 2023 di Selangor.
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap mereka yang tidak mengambil SPM?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak JPN Selangor sentiasa komited dan terus berusaha memastikan murid-murid yang tidak mengambil peperiksaan SPM ini diberikan bantuan dan perhatian serius bagi meneruskan dan memperkembangkan pendidikan manusiawi ini.
- Pihak JPN Selangor dengan kerjasama PPD dan sekolah negeri Selangor telah memastikan murid yang tidak mengambil SPM diberikan galakan secara berterusan agar mereka memohon menduduki semula peperiksaan SPM Ulangan bagi memastikan mereka mempunyai sijil SPM untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau masuk ke sektor-sektor pekerjaan.
- Pihak JPN Selangor dengan kerjasama PPD dan sekolah negeri Selangor juga telah berkolaboratif bersama-sama pihak kolej dan institusi yang menawarkan bidang kemahiran bagi memberikan peluang kepada murid yang tidak mengambil SPM ini menyambung pengajian dalam bidang- bidang khusus terutamanya bidang kemahiran yang ditawarkan.Pihak JPN Selangor dengan kerjasama PPD dan sekolah negeri Selangor telah melaksanakan pengesanan lepasan SPM kepada semua murid l
- epasan SPM berkaitan hala tuju dan keberadaan murid selepas SPM. Pihak sekolah melalui Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) sekolah telah membuat catatan di dalam sistem eprofil kerjaya murid.Pihak JPN Selangor dengan kerjasama PPD dan sekolah negeri Selangor sedang meneruskan program-program kesedaran dan motivasi kepada semua murid berkenaan kepentingan menduduki SPM dan hala tuju murid pada masa hadapan bagi melihat ruang dan peluang dalam bidang pendidikan da
- n sektor pekerjaan yang boleh diceburi oleh murid-murid ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak sekolah dan juga guru bertugas semasa peperiksaan SPM telah melaksanakan tindakan berikut apabila murid tidak menghadiri peperiksaan SPM:
- Menghubungi ibu bapa atau murid itu sendiri bagi memastikan atau mengingatkan murid mengenai peperiksaan dan usaha memujuk untuk murid-murid ini hadir menduduki peperiksaan SPM bagi setiap kertas.
- Melaksanakan ziarah cakna untuk memastikan atau memujuk murid yang tidak hadir untuk menduduki peperiksaan SPM.
-
Apakah tawaran yang dapat diberikan kepada mereka yang tidak berminat dengan SPM tetapi dengan krusus TVET?
Tawaran yang dapat diberikan kepada mereka yang tidak berminat dengan SPM tapi berminat dengan kursus TVET ialah:
(i) Kolej Vokasional memberi peluang kepada murid-murid lepasan Tingkatan 3 yang berada di sekolah menengah harian memohon bidang atau program TVET di Kolej Vokasional di seluruh negara untuk menyambung pengajian di Tingkatan 4. Di Kolej Vokasional ini, murid akan ditawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tanpa menduduki SPM. Murid-murid ini boleh memohon semasa di akhir sesi akademik Tingkatan 3 dengan mengisi permohonan secara dalam talian dengan melayari laman sesawang http://moe.gov.my setelah iklan disiarkan dalam akhbar-akhbar terpilih.
Syarat umum untuk kemasukan ke Kolej Vokasional ialah:
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasayang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;
- Calon bebas daripada masalah mental; dan
- Calon berminat dengan program di pohon
(ii) Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)
Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor atau Selangor Technical Skills Development Centre yang dikenali sebagai STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah kerajaan negeri dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.
Institusi ini menawarkan 10 kursus kemahiran. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://www.beliamahir.com. Syarat kemasukan minimum ke institusi ini ialah:
- Umur 16-25 tahun (Lelaki & Perempuan)
- SIhat tubuh badan
- Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
- Anak Selangor atau bermastautin di Selangor lebih 11 tahun
- Ibu bapa berpendapatan B40 dan M40 tertakluk kepada terma dan syarat.
- Pemohon mesti lulus temuduga* yang diurus setia oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS)
Bantuan / kemudahan juga disediakan untuk menyambung pengajian di sini. Antaranya:
- Yuran Pendaftaran PERCUMA
- Yuran Latihan PERCUMA
- Kemudahan Asrama PERCUMA
- Jaminan Pekerjaan
- Jaminan Keselamatan dan Kebajikan melalui NGO
Rujukan laman sesawang :