Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
160) PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH JAIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan belajar menengah atas bagi Sekolah Agama Menengah JAIS di seluruh Selangor?
Jumlah pelajar di Sekolah Agama Menengah adalah seperti berikut :
Bil Nama Kelas Bil.Kelas Bumi Islam /
Jumlah
Jumlah Melayu
Murid L P R L P R 1 STAM 19 184 260 0 184 260 0 444 2 TINGKATAN 1 99 1557 1496 0 1557 1496 0 3053 3 TINGKATAN 2 97 1506 1560 0 1506 1560 0 3066 4 TINGKATAN 3 96 1354 1451 0 1354 1451 0 2805 5 TINGKATAN 4 94 1164 1228 0 1164 1228 0 2392 6 TINGKATAN 5 93 1101 1272 0 1101 1272 0 2373 7 TINGKATAN 6(A) KEMANUSIAAN 7 40 49 0 40 49 0 89 8 TINGKATAN 6(B) KEMANUSIAN 7 20 35 0 20 35 0 55 JUMLAH 512 6926 7351 0 6926 7351 0 14277 Jumlah pelajar menengah atas bagi Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor adalah 5209 orang pelajar.
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam meningkatkan literasi politik pelajar di sekolah di bawah JAIS?
Kerajaan Negeri akan senantiasa meningkatkan literasi politik di sekolah – sekolah JAIS, antaranya adalah memastikan guru-guru di sekolah tidak terlibat dengan politik kepartian ketika berada di sekolah. Selain daripada itu, penguatkuasaaan pengisytiharaan politik kepada semua guru dan semua premis di bawah Jabatan Agama Islam telah diarahkan untuk tidak terlibat dengan politik kepartian dan menjadi medan propaganda politik.
Semua guru juga akan diarahkan bersikap profesional dan memberi kepatuhan kepada The Government of The Day kurikulum yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Subjek Sejarah turut memberi penekanan kepada pelajar supaya dapat mebentuk jati diri yang cintakan negara supaya tiada penyerapan cenderung kepada mana- mana parti politik ketika sesi persekolahan. Selain daripada itu, aktiviti ko kurikulum yang dijalankan di setiap sekolah adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang proses pemilihan kepimpinan, kepatuhan kepada ketua, bertindak dalalm jemaah dan ingatkan konsesus dalm membuat keputusan.