Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
33) PELAJAR INPENS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik kemasukan pelajar ke INPENS dari tahun 2013-2015?
Enrolmen pelajar INPENS 2013-2015 mengikut sektor
Bil KURSUS 2013 2014 2015 JUMLAH 1 Sektor Kosmetologi 93 81 45 174 2 Sektor Kejuruteraan Elektrik 235 273 200 508 3 Sektor Kejuruteraan Elektronik Industri 52 42 26 94 4 Sektor Sistem Komputer 96 107 70 203 5 Sektor Kejuruteraan Automotif 261 283 138 544 6 Sektor Kejuruteraan Motorsikal 61 61 66 122 7 Sektor Kejuruteraan Penyamanan Udara 52 41 70 93 8 Sektor Fesyen & Pembuat Pakaian 120 92 119 212 9 Sektor Rekaan Fesyen Rambut 25 30 16 55 JUMLAH 995 1010 750 2755 2755 Untuk makluman dewan, pengambilan pelajar pada tahun 2015 dilihat sedikit menurun kerana 2 faktor berikut:
- Pelanjutan tempoh kursus iaitu hanya 6 bulan sebelum ini (2008-2014), tetapi mulai 2015 majoriti kursus telah dilanjutkan untuk tempoh 12 bulan. Pelanjutan tempoh kursus ini telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu badan yang mentauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
- Statistik di atas hanya menunjukkan pengambilan hanya sehingga Sepetember 2015 sahaja dan statustik di atas tidak termasuk sesi kemasukan Oktober-November
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan INPENS?
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan laluan untuk pelajar-pelajar dari INPENS International College berkhidmat di dalam pelbagai sektor. Melalui penganjuran “Program Jom Kerja” di bawah kelolaan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi, Sains dan Inovasi, pelajar- pelajar yang menuntut di INPENS berpeluang mengikuti sesi temuduga terbuka bersama dengan syarikat-syarikat seperti berikut:
- Perodua Global Manufacturing Sdn.
- Shin-Etsu Polymer (M) Sdn.
- Fiw Steel Sdn.
- Maysky (M) Sdn.
- KL Airport Services Sdn.
- Malaysian SH Elevtronics Sdn.
- Secom (M) Sdn.
- Suria Component Manufacturing (M) Sdn.
- JTEKT Automotive (M) Sdn.
- Marelli Manufacturing Asia Sdn. Bhd.
- NSK Micro Presicision Sdn.
- Texas Instruments (M) Sdn.
- Renesas Semiconductor KL Sdn.
- Triplus Industry Sdn.
- Seri’s Spa
- Pusat Latihan Kraftangan Epal
Kesemua syarikat di atas menawarkan pelbagai jawatan mengikut kelayakan pelajar-pelajar dan juga kursus yang diikuti mereka di INPENS. Permulaan gaji asas yang ditawarkan ialah sebanyak RM900.00 sehingga RM2,200.00 sebulan mengikut perjawatan dan pengalaman bekerja.