Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
189) PELAJAR INPENS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar ke INPENS dari 2016 hingga terkini mengikut kursus.
Berikut adalah jumlah kemasukan pelajar ke INPENS dari 2016 hingga terkini mengikut kursus dan pembiayaan.
PROGRAM / TAHUN 2016 JUMLAH PELAJAR JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR JUMLAH PEMBIAYAAN UPEN (RM) JENIS PEMBIAYAAN & JUMLAH PELAJAR UPEN LAIN-LAIN SENDIRI 1. ELEKTRIK 187 779 3,650,629.54 58 70 59 2. AUTOMOTIF 150 48 97 5 3. PENYAMANAN UDARA 53 23 30 – 4. MOTOSIKAL 95 47 45 3 5. SISTEM KOMPUTER 58 38 19 1 6. ELEKTRONIK 20 – 17 3 7. PEMBUATAN PAKAIAN WANITA 135 70 60 5 8. KECANTIKAN 24 17 5 2 9. DANDANAN RAMBUT 19 19 – – 10. PENYEDIAAN MAKANAN 19 19 – – 11. PEMBUATAN PASTRI 19 18 – 1 12. PENYEMBURAN CAT – – – – JUMLAH 779 357 343 79 PROGRAM / TAHUN 2017 JUMLAH PELAJAR JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR JUMLAH PEMBIAYAAN UPEN (RM) JENIS PEMBIAYAAN & JUMLAH PELAJAR UPEN LAIN-LAIN SENDIRI 1. ELEKTRIK 158 756 4,883,288.83 60 28 70 2. AUTOMOTIF 156 103 48 5 3. PENYAMANAN UDARA 57 26 22 9 4. MOTOSIKAL 79 53 22 4 5. SISTEM KOMPUTER 57 44 12 1 6. ELEKTRONIK 8 – 8 – 7. PEMBUATAN PAKAIAN WANITA 130 72 51 7 8. KECANTIKAN 22 15 5 2 9. DANDANAN RAMBUT 21 20 – 1 10. PENYEDIAAN MAKANAN 25 24 – 1 11. PEMBUATAN PASTRI 43 42 – 1 12. PENYEMBURAN CAT – – – – JUMLAH 756 459 196 101 PROGRAM / TAHUN 2018 JUMLAH PELAJAR JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR JUMLAH PEMBIAYAAN UPEN (RM) JENIS PEMBIAYAAN & JUMLAH PELAJAR UPEN IKTISASS LAIN-LAIN SENDIRI 1. ELEKTRIK 175 853 5,960,205.00 88 23 19 45 2. AUTOMOTIF 172 95 23 17 37 3. PENYAMANAN UDARA 67 38 4 10 15 4. MOTOSIKAL 52 27 – 15 10 5. SISTEM KOMPUTER 131 97 – 14 20 6. ELEKTRONIK 19 15 – 2 2 7. PEMBUATAN PAKAIAN WANITA 116 46 – 36 34 8. KECANTIKAN 25 20 – – 5 9. DANDANAN RAMBUT 16 14 – 2 – 10. PENYEDIAAN MAKANAN 28 21 – – 7 11. PEMBUATAN PASTRI 27 23 – – 4 12. PENYEMBURAN CAT 25 22 – 1 2 JUMLAH 853 506 50 116 181 PROGRAM / TAHUN 2019 JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR JUMLAH PEMBIAYAAN UPEN (RM) JENIS PEMBIAYAAN & JUMLAH PELAJAR IKTISASS LAIN-LAIN SENDIRI 1. ELEKTRIK 521 16 34 73 2. AUTOMOTIF 27 26 39 3. PENYAMANAN UDARA 6 12 13 4. MOTOSIKAL 1 18 19 5. SISTEM KOMPUTER 4 11 40 6. ELEKTRONIK 4 4 5 7. PEMBUATAN PAKAIAN WANITA 7 38 39 8. KECANTIKAN 5 4 5 9. DANDANAN RAMBUT – 2 2 10. PENYEDIAAN MAKANAN 4 3 14 11. PEMBUATAN PASTRI 9 7 16 12. PENYEMBURAN CAT 2 4 8 JUMLAH 521 85 163 273 -
Nyatakan jumlah pelajar INPENS yang berjaya selepas menamatkan pelajaran hasil dari program IKTISASS.
Untuk makluman, Program IKTISASS telah dilancarkan pada bulan Mac 2018, dan kumpulan pertama yang telah menerima pembiayaan daripada Program IKTISASS ini adalah seramai 51 orang pelajar dengan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak RM555,540.
Masih terlalu awal untuk merumuskan kejayaan pelajar-pelajar ini kerana masih ada yang mengikuti sesi pengajian, menyambung pengajian dan sebahagiannya baru menamatkan sesi pengajian. Namun, berdasarkan statistik terdahulu, kebolehpasaran graduan INPENS adalah di dalam jangka masa anggaran 2 hingga ke 8 bulan. Berikut adalah ringkasan data pelajar yang ditaja melalui Program IKTISASS.
BIL KURSUS JUMLAH PELAJAR JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR JUMLAH PEMBIAYAAN (RM) STATUS PELAJAR TAMAT PENGAJIAN BELUM TAMAT PENGAJIAN SAMBUNG BELAJAR 1 Automotif Servis Selepas Jualan (Tahap 4) 7 51 555,540 7 2 Automotif Servis Selepas Jualan (Tahap 3) 17 10 7 3 Pendawai Fasa Tiga Dengan Endorsan Pengujian (PW4) 12 11 1 4 Pendawai Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian (PW2) 11 6 5 5 Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC Penyaman Udara (Tahap 3) 4 4 JUMLAH 51 31 7 13 -
Adakah ianya mampu menghasilkan usahawan atau hanya menjadi pekerja mahir sahaja?
INPENS merupakan sebuah institusi kemahiran yang menjalankan agenda Kerajaan Negeri dalam memastikan penghasilan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan industri di negeri Selangor khusunya dan di Malaysia amnya.
Sehubungan itu, penumpuan dan fokus terdahulu hanya tertumpu sepenuhnya kepada mencapai objektif tersebut. Namun, dengan perkembangan teknologi dan kebangkitan revolusi industri 4.0, halatuju INPENS difokuskan kepada penekanan bagi lima (5) bidang keutamaan iaitu Kejuruteraan Elektrik, Automotif, Penyamanan Udara, Motosikal dan Teknologi Maklumat dan Elektronik.
Strategi bagi pemfokusan 5 bidang ini adalah dengan memastikan program pengajian didorong industri (Industry Driven), di mana setiap bidang akan dihubungkan dengan pemain industri masing-masing bagi memastikan modul dan kurikulum TVET didorong industri. Model pengajian yang diprogramkan melalui sinergi industri ini adalah terarah kepada memastikan penempatan kerjaya kepada graduan setelah tamat pengajian dan mempersiapkan graduan bersifat industry ready. Graduan ini dipersiapkan dan dibentuk untuk memenuhi kehendak pemain industri di dalam pasaran dengan kualiti dan standard industri.
Untuk makluman, jaringan kolaborasi industri yang sedang dijalinkan buat masa ini adalah bersama Hong Leong Yamaha Motor (Yamaha), Daikin, Perodua, Borgward dan New Hong Fatt (NHF).
Namun, bagi kursus-kursus seperti Tekstil dan Pakaian, Kecantikan dan Dandanan Rambut serta Kulinari dan Pastri, INPENS menyediakan platform keusahawanan bagi pelajar-pelajar sejak awal kemasukan ke INPENS bagi mempersiapkan mereka dengan realiti bidang keusahawanan. Ianya juga terbukti melalui alumni yang telah menceburi bidang keusahawanan dan berjaya, namun ianya memerlukan masa dan modal sebelum ianya dibuktikan. Justeru, usahawan-usahawan yang dilahirkan dari INPENS adalah daripada graduan-graduan terdahulu yang telah mempunyai pengalaman bekerja di industri sebagai pekerja mahir sebelum sedia menjadi usahawan.