Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

161) PELAJAR DI MESIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Krisis politik di Mesir menyaksikan tindakan pantas Kerajaan Persekutuan membawa balik rakyat khasnya pelajar Malaysia. Berapa orang pelajar dari Selangor yang sedang menuntut di negara berkenaan?

    1. Jumlah pelajar Selangor yang menuntut di Mesir adalah seperti berikut:

     

    Bil Tajaan Jumlah pelajar
    1. Lembaga Zakat Selangor 660
    2. Persendirian, Mara, JPA, 977
    Jumlah keseluruhan : 1637

     

    Jumlah Pelajar mengikut kursus yang diikuti :

     

    Bil Bidang pengajian Jumlah pelajar
    1. Pengajian Islam 729
    2. Perubatan dan Pergigian 908
  2. Apakah kerajaan negeri membiayai kos menghantar mereka pulang dan berapakah nilainya?

    1. Kerajaan Negeri telah membiayai kos menghantar para pelajar Mesir kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian mereka melalui OPS Ehsan secara berperingkat, bermula pada 14 sehingga 18hb Mac 2011 yang

     

    Kos keseluruhan penghantaran ini adalah sebanyak  RM  2.6  juta,  tidak  termasuk jumlah tuntutan tiket balik oleh ibu bapa yang telah membeli lebih awal sebelum OPS Ehsan dilancarkan.

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang menghantar pelajar ke negara-negara lain?

Lampiran

Tiada Lampiran.