Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

282) PELAJAR DI LUAR NEGARA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah yang mendapat derma siswa, biasiswa dan zakat dari Kerajaan Selangor.

    Pelajar yang mendapat tajaan derma siswa, biasiswa dan zakat dari Kerajaan Selangor adalah seperti berikut:

    TAHUN BILANGAN

    (ORANG)

    2020 89
    2021 105
    2022 150
    2023 165
    JUMLAH 509
  2. Sejak dari tahun 2020, berapakah jumlah mereka yang gagal menamatkan pengajian? Dan nyatakan sebabnya.

    Berdasarkan rekod Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS), terdapat seorang pelajar yang diberhentikan oleh pihak universiti kerana pencapaian pelajar tidak memenuhi skor minimum bagi meneruskan pengajian di peringkat PhD.

Lampiran

Tiada Lampiran.