Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
108) PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) JAIS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri memastikan pelajar cemerlang UPSR dari SRAI JAIS dapat masuk ke asrama penuh?
Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Keutamaan kemasukan ke SBP adalah kepada pelajar di sekolah kebangsaan dan Bantuan Kerajaan sahaja. SRAI JAIS adalah termasuk dalam kategori sekolah swasta di KPM.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri kepada pelajar cemerlang ini yang tidak dapat masuk ke asrama penuh?
Pelajar-pelajar cemerlang UPSR dan PSRA di SRAI JAIS diberi keistimewaan untuk ditawarkan ke sekolah agama Bantuan Kerajaan (SAM/SAMT) dengan kuota 20% dan MITS.