Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
185) PELABURAN TEMPATAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2020 -2022?
Bagi tempoh tahun 2020 hingga 2022, pelabur tempatan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dimana pada tahun 2020 pelabur tempatan menyumbang sebanyak RM 11.48 bilion iaitu sebanyak 62.3% kepada jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor. Pada tahun 2021 pelabur tempatan menyumbang sebanyak RM 6.05 bilion iaitu 80.6% kepada jumlah pelaburan dan bagi tempoh Januari hingga September 2022, pelabur tempatan menyumbang sebanyak RM 3.58 bilion iaitu sebanyak 36.9% kepada jumlah pelaburan di Selangor.
Prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada tahun 2020 – 2022 seperti berikut;
Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) (%) Pelaburan Asing (RM) (%) Jumlah Modal Pelaburan (RM) 2020 324 19,950 11,479,144,002 62.3% 6,946,018,121 37.7% 18,425,162,123 2021 247 14,393 6,052,770,679 80.6% 1,458,273,188 19.4% 7,511,043,867 2022 (Jan-Sept.)
199 11,601 3,582,726,215 36.9% 6,121,226,385 63.1% 9,703,952,600 Jumlah 770 45,944 21,114,640,896 14,525,517,694 35,640,158,590 Sumber : MIDA
-
Nyatakan bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan?
Antara bidang – bidang pelaburan yang diberi penumpuan seperti;-
- Sains Hayat (Life Sciences)
- Pembuatan Makanan & Minuman (Food & Beverages)
- Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic)
- Kelengkapan Pengangkutan (Transport Equipment)
- Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment)
Selain daripada itu, terdapat 2 industri baru turut dikenalpasti dan berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan seperti:-
- Industri Perkhidmatan Logistik (Logistic Services),
- Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology