Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
196) PELABURAN TEMPATAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada tahun 2019 hingga kini?
Bagi tempoh 2019 hingga Jun 2021, sebanyak 761 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 40.10 bilion. Pecahan bilangan projek dan nilai pelaburan mengikut tahun seperti jadual dibawah;
Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) 2019 315 21,085 6,625,375,674 10,414,860,687 17,040,236,361 2020 324 19,950 11,479,144,002 6,946,018,121 18,425,162,123 2021 (Jan-Jun) 122 9,179 4,062,465,830 576,987,108 4,639,452,938 Jumlah 761 50,214 22,166,985,506 17,937,865,916 40,104,851,422 *Sumber : MIDA
Bagi tahun 2019, Selangor mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berbanding negeri – negeri lain di Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM 17.04 bilion. Pada tahun 2020, Selangor masih mengekalkan rekod kelulusan nilai pelaburan tertinggi sebanyak RM 18.43 bilion. Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, Selangor mencatatkan nilai pelaburan kedua tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4.64 bilion selepas Negeri Kedah yang merekodkan nilai pelaburan tertinggi berbanding negeri – negeri lain di Malaysia.
-
Nyatakan bidang-bidang pelaburan yang diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Dalam usaha promosi penggalakkan pelaburan, pihak Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada 5 kluster industri utama iaitu:-
- Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics)
- Peralatan Pengangkutan (Transport Equipment)
- Industri Aero Angkasa.
- Sains Hayat (Life Sciences)
- Bioteknologi
- Makanan dan Minuman (Food & Beverages Industries)
- Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment)