Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
180) PELABURAN TEMPATAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2018?
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 sebanyak 83 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM3,095,846,952 (RM3.096 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM1,571,251,260 (50%) adalah daripada pelaburan langsung asing dan sebanyak RM1,524,595,692 (50%) daripada pelaburan tempatan.
-
Nyatakan bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan.
Bagi memastikan Selangor terus kekal sebagai destinasi pelaburan utama dalam Negara, pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sedang giat mempromosikan beberapa industri tumpuan utama berdasarkan potensi yang ada di Negeri Selangor. Antara industri tumpuan utama tersebut seperti berikut;-
- Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics)
- Peralatan Pengangkutan / (Transport Equipments)
- Sains Hayat / (Life Sciences)
- Makanan dan Minuman / (Food & Beverages Industries)
- Mesin dan Peralatan / (Machinery & Equipment)
Daripada beberapa sektor industri utama tersebut, beberapa bidang industri tumpuan telah dikenalpasti berpotensi untuk berkembang di Negeri Selangor seperti;-
- E – Commerce
- Bio – Teknologi
- Aero – Angkasa
- Industri Halal
Industri-industri ini semakin berkembang dan mendapat tempat selari dengan arus perkembangan ekonomi dunia yang kini lebih menjurus kepada perniagaan secara e-dagang, sains dan teknologi bio serta aero angkasa.