Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

202) PELABURAN SEMIKONDUKTOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah pelaburan yang telah diterima bagi sektor semikonduktor bagi tempoh 2023 dan 2024 serta senarai pelaburan?

    Berdasarkan data yang diterima daripada pihak Invest Selangor, sektor semikonduktor merupakan salah satu rantaian bekalan (supply chain) dalam sektor sektor Elektrikal & Elektronik. Jumlah pelaburan yang telah diterima oleh oleh kerajaan Negeri Selangor bagi sektor ini dari 2023-2024 (Januari – September) adalah sebanyak 4 billion. Sebagai makluman Yang Berhormat, sektor ini merupakan antara penyumbang tertinggi dalam pelaburan di negeri ini. Antara syarikata yang telah melabur adalah Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd, NXP Malaysia Sdn Bhd, JF Technology Berhad, Symmid Corporation Sdn Bhd, Shin Etsu Malaysia Sdn Bhd, Neways Electronics Malaysia Sdn Bhd, KeyASIC Sdn Bhd dan banyak lagi.

  2. Apakah unjuran Kerajaan Negeri bagi pelaburan semikonduktor bagi tempoh lima tahun akan datang?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan sasaran lima tahun untuk memperkembangkan industri semikonduktor dengan matlamat menjadikan negeri ini sebagai hab utama di rantau Beberapa unjuran dan inisiatif penting yang telah dirancang termasuk:

    1.    Penubuhan “Taskforce” Semikonduktor:

    Taskforce ini ditubuhkan bagi mencapai matlamat Selangor untuk menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang. Pasukan ini akan menyelaras usaha dalam pelbagai aspek industri termasuk rantaian bekalan, pembangunan bakat dan perancangan strategik.

     

    2.    Pembangunan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu Semikonduktor Malaysia (Malaysia Semiconductor IC Design Park):

    Kerajaan Negeri merancang untuk membangunkan beberapa taman reka bentuk IC dalam tempoh lima tahun akan datang. Taman pertama telah beroperasi di Puchong, menawarkan lebih 400 peluang pekerjaan profesional. Sasaran jangka panjang adalah membina empat hingga lima taman reka bentuk IC menjelang 2028. Ini bertujuan untuk meningkatkan bakat dan kepakaran tempatan, memupuk perkongsian antarabangsa dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi dalam industri ini.

    3.    Pembangunan Ekosistem Semikonduktor Lengkap:

    Selangor berhasrat membina ekosistem semikonduktor yang lengkap, termasuk penubuhan hab reka bentuk IC dan latihan bakat tempatan dalam bidang berkaitan. Kerjasama dengan syarikat global seperti ARM Ltd dan Shenzhen Semiconductor Industry Association telah dimeterai untuk menyokong usaha ini.

    4.    Sumbangan kepada Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS):

    Kerajaan Negeri komited menyumbang sehingga 30% dalam NSS yang menyasarkan RM100 bilion setahun dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) termasuk eksport. Ini termasuk menarik pelaburan bernilai RM500 bilion dan menjana nilai tahunan yang signifikan dalam sektor semikonduktor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.