Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

7) PELABURAN SELANGOR DI FASA ENDEMIK

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kemasukan pelaburan baharu daripada negara luar yang diterima dalam tempoh fasa endemik ini.

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2022, jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan untuk negeri Selangor adalah sebanyak 41 billion. Daripada jumlah ini, sebanyak RM2.15 billion adalah pelaburan baharu.

    (Sumber: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia)

  2. Apakah strategi dan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan asing di fasa endemik ini?

    Antara strategi dan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan asing di fasa endemik ini adalah seperti berikut;-

    Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021 – 2025 yang berfungsi sebagai pelan rancangan pembangunan lima tahun secara menyeluruh bagi Negeri Selangor. Pelan ini dirangka berpandukan strategi dan inisiatif jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mencapai visi untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar, makmur dan berdaya huni menjelang tahun 2025. Antara teras utama yang diberikan penumpuan seperti pengukuhan ekonomi, peningkatan kesejahteraan hidup dan keterangkuman sosial, pemacuan kelestarian serta SMART dan tadbir urus berkesan.

    Dalam teras ekonomi, Kerajaan Negeri mensasarkan beberapa halatuju seperti;-

     

    1. Peningkatan pertumbuhan KDNK;
    2. Meningkatkan nilai pelaburan dalam sektor keutamaan; dan kompleksiti tinggi;
    3. Meningkatkan peluang pekerjaan;
    4. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar tetap.

     

    Beberapa projek pembangunan fizikal telah dikenalpasti akan dilaksanakan oleh pihak pemaju swasta dibawah Rancangan Selangor Pertama ini yang melibatkan daerah Sepang dan Kuala Langat yang melibatkan pembangunan dalam sektor pelancongan, komersil atau perniagaan dan industri. Kerajaan Negeri yakin, apabila projek – projek ini dilaksanakan kelak, ianya mampu untuk menarik dan meningkatkan pelaburan asing di Negeri Selangor

     

    1. Mempergiatkan perlaksanaan Program – Program Promosi Pengalakkan Pelaburan dalam dan luar negara.

     

    • Penganjuran program – program pameran tahunan seperti Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show (SAS).

     

    1. Menggalakkan pembukaan kawasan – kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) bagi menyediakan kawasan perindustrian baru yang kondusif untuk memenuhi permintaan dan keperluan pelabur.

     

    1. Program menyantuni pelabur dan penyelesaian isu berbangkit bagi mewujudkan suasana yang harmoni bagi menggalakkan pelaburan baru atau penambahan / pengembangan pelaburan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.