Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

86) PELABURAN SEKTOR SWASTA (PSS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peratusan pelaburan sektor swasta di negeri Selangor dari tahun 2005-2009

    Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2009, Selangor telah menerima pelaburan
    dalam sektor perkilangan berjumlah RM 18,630,500,964 daripada 580 projek
    perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor.

  2. Berapakah peratusan sumbangan PSS dalam GDP Negeri Selangor bagi tahun 2005-2009?

    Sumbangan sektor perkilangan kepada GDP negeri Selangor bagi tahun 2005-
    2009 adalah seperti berikut:
    2005 : 48.0%
    2006 : 38.6%
    2007 : 37.0 %
    2008 : 36.2 %
    2009 : 33.3%
    2010 : 34.8 %
    Sumber: UPEN, Selangor

  3. Apakah insentif dan galakan Negeri Selangor dalam usaha mempertingkatkan peratusan PSS?

    Inisiatif dan galakan Negeri Selangor dalam usaha meningkatkan peratusan PSS
    adalah seperti berikut;-
    i. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar
    pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada
    pelabur asing.
    ii. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan
    perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan
    maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak
    industri/pelabur di Selangor.
    iii. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan
    kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
    iv. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak
    industri.
    v. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil
    Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain
    kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre
    (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
    vi. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi
    memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta
    mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
    vii. Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap
    kawasan perindustrian yang kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
    viii. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan
    di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    ix. Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam
    memberi perkhidmatan.
    x. Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang
    dilaksanakan.
    xi. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara.
    xii. Bekerjasama dengan pihak swasta dan badan-badan perniagaan bagi
    menarik pelaburan dari luar negara.
    xiii. Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti
    isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar
    pihak industri terus beroperasi.
    xiv. Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi
    menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor.
    xv. Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.