Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
85) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelaburan yang berjaya dicatatkan pada tahun lalu mengikut kategori?
- Jumlah pelaburan yang diterima oleh Negeri Selangor mengikut kategori industri adalah seperti berikut;-
Industri
Projek
Pekerjaan
Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Food Manufacturing 26 1,424 336,112,165 626,902,513 963,014,678 Beverages Tobacco & 2 110 90,807,730 572,270 91,380,000 Textiles Textiles Product & 4
199
34,288,240
41,282,178
75,570,418
Wood & Wood Products 11 345 47,306,276 21,034,220 68,340,496 Furniture Fixtures & 16 1,396 91,229,105 1,740,000 92,969,105 Paper, Printing & Publishing 2 131 41,850,000 14,980,000 56,830,000 Chemical Chemical Products & 31
816
317,450,303
1,243,473,777
1,560,924,080
Petroleum Products (Inc. Petrochemicals) 2
89
24,240,000
0
24,240,000
Rubber Products 20 4,089 591,359,485 77,177,016 668,536,501 Plastic Products 26 1,135 177,181,085 121,480,545 298,661,630 Non-Metallic Mineral Products 8 469 71,402,200 1,547,599,596 1,619,001,796 Basic Metal Products 16 959 275,100,112 63,515,332 338,615,444 Fabricated Metal Products 24 1,294 99,839,992 67,649,399 167,489,391 Machinery & Equipment 44 3,658 693,685,786 231,646,882 925,332,668 Electronics & Electrical Products 36
4,599
454,539,493
793,181,308
1,247,720,801
Transport Equipment 44 6,222 1,993,600,027 245,380,373 2,238,980,400 Scientific & Measuring Equipment 8
926
146,161,994
45,200,000
191,361,994
Miscellaneous 5 4 8,832,560 4,033,440 12,866,000 Jumlah 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,849 10,641,835,402 Sumber : MIDA
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memperdayakan lagi pelaburan dalam negeri dan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan?
- Antara strategi kerajaan untuk memperdayakan lagi pelaburan dalam negeri dan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan adalah seperti berikut;-
- Melaksanakan Pelan Induk Perindustrian Negeri Selangor dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk Perindustrian ketiga (2006-2020)
- Mengekalkan prestasi pelaburan sedia ada berjumlah RM57 bilion dan menarik pelaburan melebihi RM8 bilion
- Memastikan projek perindustrian yang diluluskan dilaksanakan oleh syarikat- syarikat yang berkenaan secepat
- Menyelaras dan memperkemaskan lagi Pusat Pelaburan Negeri bagi membolehkannya berfungsi sebagai pemangkin pembangunan perindustrian di negeri
- Mempertingkatkan usaha untuk menarik pelabur tempatan dan asing melalui penglibatan Kerajaan Negeri secara langsung.
- Mempromosikan kawasan-kawasan peindustrian di Selangor seperti;-
- Selangor Science Park 2
- Selangor Halal Hub di Pulau Indah
- Port Klang Free Zone (PKFZ)
- Zurah Industrial Park
- Lain-lain kawasan industri yang sedia ada milik syarikat berkaitan Kerajaan atau pihak
- Menggalakkan pertumbuhan industri automotive belt di Hulu Selangor
- Menggalakkan pertumbuhan industri berteraskan teknologi maklumat.
- Menggalakkan pertumbuhan industri marin di sekitar Pelabuhan
- Menyediakan prasarana pelaburan dan kawasan industri baru yang kondusif dan strategik di luar Lembah Klang bagi mewujudkan keseimbangan pembangunan di semua kawasan di Selangor seperti di Kawasan Lembah Klang Ke-2 dan Selangor Science Park 2
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut mengenal pasti beberapa strategi lain bagi memastikan sektor perindustrian terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kapada KDNK negeri serta nadi penggerak ekonomi negara amnya dan negeri Selangor khususnya. Strategi tersebut adalah seperti berikut;-
- Menggalakkan sektor industri yang berasaskan teknologi tinggi, berasaskan pengetahuan, berintensifkan modal dan mesra
- Menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti;-
- Business and Professional Services
- Integrated Logistic Services
- ICT Related Services
- Distributive Services
- Education and Training Services
- Medical and Health Services
- Tourism Services
- Manufacturing Related Services
- Menggalakkan penglibatan dalam industri berpotensi seperti;
- Biotechnology
- Aviation Industry
- Solar Industry
- Menjadikan Negeri Selangor bukan sahaja sebagai pusat pengeluaran produk tertentu tetapi mewujudkan nilai tambah pasaran
Menerusi perlaksanaan projek-projek pelaburan dalam industri yang digalakkan di Negeri Selangor secara langsung dapat memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk meningkatkan kemahiran dalam teknologi-teknologi baru melalui proses pemindahan teknologi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat multinasional.
- Antara strategi kerajaan untuk memperdayakan lagi pelaburan dalam negeri dan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan adalah seperti berikut;-
-
Adakah pekerja asing memberi impak kepada kekuatan ekonomi Selangor
- Secara dasarnya tidak dapat dinafikan bahawa pekerja asing memainkan peranan yang besar dalam sektor perindustrian di Negeri Selangor serta memberi impak kepada kekuatan ekonomi Selangor. Pihak industri ketika ini amat bergantung kepada bekalan tenaga kerja asing bagi menampung keperluan sumber tenaga kerja di sektor perkilangan. Ini kerana, kebanyak rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor perkilangan di sebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor gaji dan suasana tempat kerja serta beberapa faktor
Bagi manangani masalah kekurangan sumber tenaga kerja ini, Kerajaan Negeri melalui SSIC Berhad telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama Gabungan LIMA PPTKIS (Indonesia) pada 11hb. Februari 2011 yang lalu di Jakarta di mana di dalam perjanjian persefahaman ini kedua-dua pihak berhasrat untuk menjalinkan kerjasama untuk penempatan tenaga kerja daripada Indonesia di sektor perindustrian di Selangor.
MOU ini sekali gus akan dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan sumber tenaga kerja di samping membantu para pelabur memudahkan urusan pengambilan pekerja dari Indonesia.
MOU ini akan menjadikan SSIC Berhad sebagai fasilitator dan pangkalan data bagi tenaga kerja Indonesia di sektor perindustrian di Selangor.