Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
41) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor sehingga bulan Jun 2013 mengikut pecahan daerah ?
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2013, sebanyak 43 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 618,723,695. Pecahan pelaburan mengikut daerah adalah seperti berikut;-
Daerah Proje k Peluang Pekerjaa n
Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan
(RM)
Klang 13 1,419 65,447,203 188,981,440 254,428,643 Petaling 17 714 164,802,319 49,537,295 214,339,614 Hulu Langat 5 164 15,499,175 61,592,667 77,091,842 Gombak 4 67 31,306,165 3,091,165 34,397,330 Hulu Selangor 3 108 28,784,377 3,060,071 31,844,448 Kuala Langat 1 69 6,621,818 0 6,621,818 Kuala Selangor 0 0 0 0 0 Sepang 0 0 0 0 0 Sabak Bernam 0 0 0 0 0 Jumlah 43 2,541 312,461,057 306,262,638 618,723,695 Sumber : MIDA
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor dan Negeri-negeri lain secara perbandingan sehingga Jun 2013.
Jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor berbanding negerinegeri lain bagi tempoh Januari hingga Mac 2013 adalah seperti berikut;-
State Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Johor 32 5,912 1,635,169,906 4,017,078,283 5,652,248,189 Sarawak 4 809 154,044,424 2,888,994,490 3,043,038,914 Penang 21 2,684 739,316,542 111,091,776 850,408,318 Selangor 43 2,542 312,461,057 306,262,638 618,723,695 Negeri Sembilan 9 1,669 103,602,674 380,473,221 484,075,895 Perak 10 1,172 43,174,268 373,137,844 416,312,112 Kedah 11 1,611 255,729,753 65,486,990 321,216,743 Pahang 2 367 8,646,732 212,764,488 221,411,220 W. P. Kuala Lumpur 3 57 38,937,504 5,082,000 44,019,504 Sabah 4 477 35,624,774 0 35,624,774 Terengganu 2 84 5,718,791 24,628,980 30,347,771 Melaka 2 78 15,386,209 0 15,386,209 Kelantan 1 30 6,630,000 0 6,630,000 W. P. Labuan 0 Perlis 0 Jumlah 144 17,492 3,354,442,634 8,385,000,710 11,739,443,344 Sumber : MIDA
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan Selangor terus dipilih sebagai destinasi pelaburan oleh pelabur-pelabur domestik dan luar ?
Faktor-faktor utama yang menyebabkan Selangor terus dipilih sebagai destinasi pelaburan oleh pelabur-pelabur domestik dan luar dalah seperti berikut;-
- Polisi dan kestabilan politik.
- Insentif pelaburan yang menarik daripada Kerajaan Persekutuan.
- Dasar Kerajaan Negeri yang mesra pelabur.
- Kedudukan Negeri Selangor yang strategik dan berdekatan dengan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan pintu masuk utama.
- Kemudahan asas yang lengkap serta jalinan hubungan jalan raya yang terbaik.
- Kemudahan pelabuhan dan lapangan terbang untuk import dan eksport.
- Kemudahan pendidikan dan perubatan untuk pelabur asing (expatriate).
- Kemudahan tempat rekreasi seperti kelab golf dan pusat membeli belah yang bertaraf dunia.
- Pengguna bahasa Inggeris yang meluas memudahkan para pelabur berkomunikasi dengan pekerja tempatan.
- Hak Perlindungan harta intelek
- Penawaran buruh berkemahiran.