Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

91) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi setengah tahun yang pertama 2016?

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2016, sebanyak 51 projek perkilangan telah diluluskan MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 914,638,258. Dari jumlah ini sebanyak RM 436,443,339 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 478,194,919 daripada pelaburan asing. Sebanyak 2,933 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada projek-projek perkilangan yang telah diluluskan.

  2. Sila nyatakan secara perbandingan prestasi pelaburan Negeri Selangor dengan Negeri-Negeri lain bagi setengah tahun pertama 2016?

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2016, Negeri Selangor mencatatkan jumlah nilai pelaburan sebanyak RM 914, 638,258 dengan 51 projek perkilangan yang diluluskan.

    Negeri Selangor mendahului Negeri-Negeri lain dengan mencatatkan bilangan kelulusan projek perkilangan tertinggi dengan 51 projek. Manakala dari jumlah nilai pelaburan ini Selangor menduduki tangga ke enam (6) dari segi jumlah nilai pelaburan. Prestasi pelaburan secara perbandingan dengan negeri-negeri lain bagi tempoh Januari hingga Mac 2016 seperti jadual berikut;-

    Negeri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Sabah 5 3,907 1,260,696,227 436,617,062 1,697,313,289
    Sarawak 5 2,571 43,479,427 1,611,751,980 1,655,231,407
    Penang 27 4,046 219,712,427 1,125,869,152 1,345,581,579
    Johor 37 1,521 119,849,949 1,039,935,822 1,159,785,771
    Perak 11 2,169 1,040,634,661 30,981,603 1,071,616,264
    Selangor 51 2,933 436,443,339 478,194,919 914,638,258
    Kelantan 1 376 0 276,079,000 276,079,000
    Kedah 12 735 151,343,721 90,460,127 241,803,848
    Pahang 4 487 196,333,124 39,211,064 235,544,188
    Melaka 4 281 21,999,693 95,588,308 117,588,001
    Negeri Sembilan 9 546 20,168,488 82,621,728 102,790,216
    W. P. Kuala Lumpur 2 23 37,850,944 0 37,850,944
    Terengganu 2 54 22,175,000 725,000 22,900,000
    W. P. Labuan 0 0 0 0 0
    Perlis         0
    Jumlah 170 19,649 3,570,687,000 5,308,035,765 8,878,722,765
    • Sumber : MIDA

     

  3. Sila senaraikan 10 Negara utama yang membuat pelaburan di Negeri Selangor?

    Penglibatan pelabur asing yang membuat pelaburan di Negeri Selangor mengikut pecahan negara bagi tempoh Januari hingga Mac 2016 adalah seperti berikut;-

     

    Negara

     

    Projek

    Peluang Pekerjaan Pelaburan Asing (RM)
    Singapore 4 687 191,830,823
    United Arab Emirates (UAE)  

    1

     

    35

     

    69,256,700

    Germany 1 106 52,909,375
    Italy 1 101 52,050,000
    Switzerland 1 52 44,191,000
    India 1 77 38,609,845
    Hong Kong 1 68 6,233,850
    Netherlands 1 76 6,120,000
    Japan 3 36 3,034,598
    United Kingdom 1 7 2,420,600
    British Virgin Island 1 2 2,178,831
    Korea Rep. 1 2 319,802
    Lain-lain 6 734 9,039,496
    Jumlah *** *** 478,194,919
    • Sumber : MIDA

     

Lampiran

Tiada Lampiran.