Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
37) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi setengah tahun yang pertama 2017 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain?
Jumlah pelaburan yang diperoleh bagi setengah tahun yang pertama 2017 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain tidak dapat dinyatakan kerana sehingga kini pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) masih belum mengumumkan statistik pelaburan yang terkini bagi tahun 2017.
-
Sila nyatakan apakah sasaran pelaburan Negeri Selangor tahun 2017?
Bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mensasarkan pelaburan dalam industri pembuatan sebanyak RM 6.5 bilion.
-
Apakah pendekatan proaktif yang diambil bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Negeri Selangor?
Bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor memberi tumpuan untuk menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi. Antara industri yang diberikan tumpuan utama seperti berikut;-
- Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics).
- Peralatan Pengangkutan (Transport Equipments).
- Sains Hayat (Life Sciences).
- Makanan (Food Industries).
- Mesin & Peralatan (Machinery & Equipments).
Daripada beberapa sektor industri utama tersebut, beberapa bidang industri tumpuan telah dikenalpasti berpotensi untuk berkembang di negeri Selangor seperti;-
- e-Commerce
- Bio – Teknologi
- Aero – Angkasa
- Industri Halal
Bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan menarik pelaburan masuk ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah merangkan beberapa strategi seperti berikut;-
Strategi jangka masa panjang;-
- Menyediakan pelan perancangan strategik sektor perindustrian.
- Merangka dan memacu hala tuju pembangunan perindustrian melalui
Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan seperti;-
- Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC)
- Halal International Selangor Council
- Selangor Aerospace Council
- Bio Tech – Council
- Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurangkurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang berpotensi.
- Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-Dewan Perniagaan dalam dan luar Negara).
- Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui media cetak dan elektronik
- Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.
- Pengkelasan kawasan perindustrian mengikut standard kawasan perindustrian luar Negara bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif mengikut keperluan industri.
- Mewujudkan kawasan perindustrian yang kondusif dan berkonsepkan Managed Industrial Parks.
- Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and Guarded.
- Penganjuran ekspo dan forum bertaraf antarabangsa.
Strategi jangka masa pendek;-
- Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau elektronik.
- Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para pelabur.
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
- Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan pembangunan.
- Menyediakan peruntukkan khusus bagi penyelenggaran kawasan perindustrian di setiap PBT.
- Mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu-isu kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.