Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
102) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setakat ini, apa pelaburan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri baru? Sila senaraikan.
Pada masa ini masih belum ada pelaburan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri
baru mahupun melalui anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pelaburan pada masa akan datang?
Bagi memastikan Negeri Selangor sentiasa menjadi destinasi pelaburan utama,
Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa langkah seperti berikut;-
i. Menggalakkan sektor industri yang berasaskan teknologi tinggi, berasaskan
pengetahuan, berintensifkan modal dan mesra alam.
ii. Menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti;-
i. Business and Professional Services
ii. Integrated Logistic Services
iii. ICT Related Services
iv. Distributive Services
v. Education and Training Services
vi. Medical and Health Services
vii. Tourism Services
viii. Manufacturing Related Services
iii. Menggalakkan penglibatan dalam industri berpotensi seperti;
i. Biotechnology
ii. Aviation Industry
iii. Solar Industry
iv. Menjadikan Negeri Selangor bukan sahaja sebagai pusat pengeluaran produk
tertentu tetapi mewujudkan nilai tambah pasaran produk.