Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

76) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan daerah pada setengah tahun pertama 2009?

    Jumlah pelaburan bagi tempoh Januari hingga Julai 2009 mengikut pecahan daerah
    adalah seperti jadual di bawah;-
    Daerah Projek Peluang
    Pekerjaan
    Pelaburan
    Tempatan (RM)
    Pelaburan Asing
    (RM)
    Jumlah Modal
    Pelaburan
    (RM)
    Petaling 58 2,752 507,888,595 667,152,070 1,175,040,665
    Klang 39 2,138 490,571,440 567,725,130 1,058,296,570
    Hulu Langat 17 1,194 63,733,387 145,538,260 209,271,647
    Gombak 5 647 46,605,814 37,206,924 83,812,738
    Kuala Langat 7 715 77,306,828 2,321,200 79,628,028
    Kuala Selangor 6 435 33,887,058 43,936,000 77,823,058
    Hulu Selangor 3 98 17,406,240 803,760 18,210,000
    Sabak Bernam 1 66 9,500,000 0 9,500,000
    Sepang 0 0 0 0 0
    Lain-Lain
    Kawasan 2 14 6,400,000 172,800 6,572,800
    Jumlah
    Keseluruhan 138 8,059 1,253,299,362 1,464,856,144 2,718,155,506
    * Sumber : MIDA

  2. Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh negeri-negeri lain secara bandingan dengan Negeri Selangor pada setengah tahun pertama 2009?

    Jumlah pelaburan yang diperoleh oleh negeri-negeri lain secara bandingan dengan
    Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Julai 2009 adalah seperti jadual berikut;-
    Negeri Projek Peluang
    Pekerjaan
    Pelaburan
    Tempatan
    (RM)
    Pelaburan
    Asing (RM)
    Jumlah Modal
    Pelaburan
    (RM)
    Sarawak 12 4,976 1,786,697,238 5,710,260,928 7,496,958,166
    Johor 86 6,976 1,079,121,858 1,813,076,879 2,892,198,737
    Selangor 138 8,059 1,253,299,362 1,464,856,144 2,718,155,506
    Pulau Pinang 67 3,983 400,473,741 961,622,883 1,362,096,624
    Kedah 22 2,214 142,020,380 491,744,949 633,765,329
    Perak 24 1,657 268,817,449 353,248,800 622,066,249
    Terengganu 5 314 166,358,230 296,824,738 463,182,968
    Melaka 11 1,565 376,990,958 60,765,900 437,756,858
    Sabah 15 1,070 212,485,800 36,097,400 248,583,200
    Pahang 8 537 158,787,397 30,926,251 189,713,648
    W. P. Kuala
    Lumpur 10 417 102,339,808 32,985,353 135,325,161
    Kelantan 3 657 8,179,000 110,700,000 118,879,000
    Negeri
    Sembilan 14 605 35,399,960 76,905,872 112,305,832
    W. P. Labuan 0
    Perlis 0
    Belum
    ditentukan 1 0 0 0 0
    Jumlah
    Keseluruhan 416 33,030 5,990,971,181 11,440,016,097 17,430,987,278
    * Sumber : MIDA

  3. Sila nyatakan apakah perancangan dan promosi yang dilakukan untuk melipatgandakan pelaburan Negeri Selangor?

    Perancangan dan promosi yang dilakukan untuk melipatgandakan pelaburan Negeri
    Selangor adalah seperti berikut;-
    1) Antara langkah-langkah dan perancangan kerajaan untuk melipat gandakan
    pelaburan Negeri Selangor;
    i) Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar
    pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada
    pelabur asing.
    ii) Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan
    perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum
    balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di
    Selangor.
    iii) Menaik taraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan
    kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
    iv) Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    v) Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil
    Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain
    kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One Stop Centre
    (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
    vi) Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi
    memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta
    mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
    vii) Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap
    kawasan perindustrian yang kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
    viii) Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan
    di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    ix) Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam
    memberi perkhidmatan.
    x) Pemantauan yang lebih kerap untuk projek-projek yang sedang
    dilaksanakan.
    xi) “Hand hold” program.
    xii) Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti
    isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak
    industri terus beroperasi
    xiii) Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi
    menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor
    2) Antara program-program promosi pelaburan yang dilaksanakan:-
    i) Penyertaan dalam program-program misi penggalakan pelaburan anjuran
    MIDA atau Matrade ke luar Negara.
    ii) Mengadakan misi penggalakan pelaburan serta lawatan-lawatan teknikal ke
    luar Negara.
    iii) Mengadakan program seminar pelaburan dan persidangan peringkat
    antarabangsa seperti EAES 2009.
    iv) Mengadakan program pertemuan dan dialog bersama kedutaan-kedutaan
    dan Persatuan Perniagaan Luar Negara yang ada di Malaysia.
    v) Menjalin hubungan atau networking bersama persatuan perniagaan di luar
    negara.
    vi) Menjalinkan hubungan baik dengan syarikat-syarikat multinasional yang
    sedia ada beroperasi di Selangor dan mendapatkan kerjasama mereka untuk
    membawa masuk pelaburan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan mereka
    ke Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.