Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

202) PELABURAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pelaburan yang diterima dari dalam dan luar Negara tahun 2014?

    Bagi tempoh bulan Januari hingga Julai 2014, sebanyak 153 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4.588 bilion.

  2. Apakah Kedudukan pelaburan negeri berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?

    Secara perbandingan dengan Negeri lain, Selangor berada di kedudukan ke lima dari segi jumlah nilai pelaburan. Namun begitu, Selangor mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi berbanding negeri lain.

    Projek Perkilangan Yang Diluluskan Mengikut Negeri Bagi Tempoh January-Julai 2014

    Negeri Bil. Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Johor 116 12,141 12,713,306,382 5,947,039,161 18,660,345,543
    Sarawak 12 1,489 324,820,131 7,460,919,196 7,785,739,327
    Pahang 8 3,906 159,382,531 4,830,387,912 4,989,770,443
    Penang 95 13,097 1,328,930,242 3,294,161,314 4,623,091,556
    Selangor 153 9,659 2,706,991,219 1,881,102,933 4,588,094,152
    Kedah 29 3,837 328,548,559 4,099,690,316 4,428,238,875
    Sabah 16 1,333 2,074,513,106 544,022,280 2,618,535,386
    Negeri Sembilan 23 1,937 564,698,507 1,384,384,627 1,949,083,134
    Kelantan 4 618 1,223,746,684 0 1,223,746,684
    Perak 15 1,873 570,054,739 358,016,598 928,071,337
    Melaka 15 2,052 150,983,789 577,927,564 728,911,353
    Terengganu 7 459 76,260,311 349,880,915 426,141,226

     

    Negeri Bil. Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Perlis 1 91 210,000,000 0 210,000,000
    W. P. Kuala Lumpur 3 121 12,771,700 14,541,114 27,312,814
    W. P. Labuan 1 8 3,965,000 0 3,965,000
               
    Jumlah 498 52,621 22,448,972,900 30,742,073,930 53,191,046,830

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.