Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
125) PELABURAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi nilai pelaburan semasa diterima negeri tahun 2016?
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2016, sebanyak 51 projek perkilangan telah diluluskan MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 914,638,258. Dari jumlah ini sebanyak RM 436,443,339 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 478,194,919 daripada pelaburan asing. Sebanyak 2,933 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada projek-projek perkilangan yang telah diluluskan.
-
Bagaimanakah prospek pelaburan tahun ini?
Berdasarkan keadaan ekonomi semasa, Invest Selangor mensasarkan pelabur sebanyak RM 6 bilion bagi tahun 2016.