Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

54) PELABURAN MASUK KE SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelancong ke Pulau Ketam dan Sg Lima

    Pihak Tourism Selangor hanya menjalankan pengumpulan data statistik pengunjung serta proses kaji selidik kedatangan pengunjung ke Pulau Ketam bermula tahun 2017. Melalui data yang dikumpulkan, seramai 223,759 orang pengunjung yang direkodkan melawat Pulau Ketam sepanjang Tahun 2017.
  2. Berapakah nilai pendapatan dari kemasukan pelancong ini bagi penduduk tempatan?

    Anggaran resit pelancongan di Pulau Ketam bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM164 juta, berdasarkan jumlah kedatangan pengunjung di Pulau Ketam sepanjang 2017. Data ini dikira berdasarkan purata perbelanjaan pelancongan seorang  pelancong  sebanyak  RM733.00  merujuk  kepada     Laporan   Malaysia Tourism Key Performance Indicator untuk tahun 2016 dari pihak Tourism Malaysia

Lampiran

Tiada Lampiran.