Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

23) PELABURAN MASUK KE SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci status terkini pelaburan di Selangor mengikut daerah.

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2018, Negeri Selangor telah merekodkan kelulusan projek perkilangan sebanyak 38 projek dengan nilai pelaburan bernilai RM812,649,654. Dari jumlah ini sebanyak RM426,893,005 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM385,756,649 daripada pelaburan asing.

    Daerah Petaling mencatatkan jumlah nilai pelaburan tertinggi berbanding daerah- daerah di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM347,090,118 dengan 12 projek. Ini diikuti Daerah Klang sebanyak RM112,403,322 dengan 9 projek dan Daerah Kuala Langat sebanyak RM101,637,700 dengan 3 projek.

    Maklumat terperinci seperti berikut;-

     

     

  2. Nyatakan perbandingan jumlah pelaburan Selangor dengan negeri-negeri lain di Malaysia sehingga Julai 2018.

    Dari segi bilangan projek, Selangor mencatatkan kelulusan projek perkilangan tertinggi dengan 35 projek, diikuti Johor dengan 31 projek dan Pulau Pinang sebanyak 22 projek. Ini menunjukkan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 25% dari keseluruhan jumlah projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor.

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2018, Selangor menduduki tangga keenam berbanding negeri-negeri yang mencatatkan jumlah nilai pelaburan tertinggi iaitu sebanyak RM812,649,654. Negeri Terengganu mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berbanding negeri-negeri lain dengan nilai pelaburan berjumlah RM4,163,610,000. Ini diikuti oleh Negeri Pahang sebanyak RM3,454,360,450, Negeri Sembilan sebanyak RM1,179,068,065, Negeri Pulau Pinang sebanyak RM1,019,329,929 dan Johor sebanyak RM868,085,396.

    Maklumat terperinci seperti berikut;-

Lampiran

Tiada Lampiran.