Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
33) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan FDI yang diterima oleh Selangor pada tahun 2022 dan 2023.
Senarai FDI yang diterima oleh Selangor pada tahun 2022 dan 2023 mengikut industri adalah seperti berikut;-
-
Nyatakan apakah tarikan utama untuk pelabur asing untuk melabur di Negeri Selangor?
Antara faktor yang menjadi tarikan utama untuk pelabur asing untuk melabur di Negeri Selangor adalah;-
- Kestabilan politik dan polisi perniagaan yang mesra pelabur.
- Kedudukan Negeri Selangor yang strategik dan berdekatan dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya yang memudahkan pihak pelabur untuk berurusan dengan agensi – agensi Kerajaan yang berkaitan.
- Kemudahan infrastruktur lengkap seperti jaringan jalan raya, keretapi, kemudahan pelabuhan dan lapangan terbang yang membantu pihak pelabur mengurangkan kos logistik dan kemudahan untuk pasaran eksport.
- Kemudahan perkhidmatan internet jalur lebar di segenap pelusuk daerah di Selangor selaku perkhidmatan sokongan perniagaan.
- Pertumbuhan pelbagai jenis industri dan perkhidmatan di Selangor secara langsung mewujudkan jaringan bekalan dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh pelabur dalam ekosistem perniagaan yang kondusif.
- Kewujudan institusi pengajian tinggi dan pusat latihan yang banyak di Selangor menyediakan sumber tenaga kerja mahir atau separa mahir yang diperlukan oleh pihak industri.
- Penawaran tenaga kerja yang berbagai bahasa memudahkan pihak pelabur luar untuk berkomunikasi dengan pekerja tempatan yang ada.
- Kemudahan sekolah – sekolah antarabangsa yang menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anak – anak ekspatriat yang bertugas di Negeri Selangor.
-
Apakah tindakan kerajaan bagi merancakan tarikan pelabur asing ke Negeri Selangor?
Secara umum, perancangan dan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk merancakkan tarikan pelabur asing ke Negeri Selangor adalah terangkum dari aspek penyediaan polisi seperti Rancangan Selangor Pertama (RS-1), pelan pembangunan wilayah baharu seperti IDRISS serta program tahunan berskala besar seperti Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show (SAS).
Selain itu, Kerajaan Negeri juga giat menjalankan program promosi penggalakan pelaburan dengan pertemuan secara fizikal mahupun virtual dengan pihak dewan-dewan perniagaan di Malaysia dan luar negara termasuk misi-misi pelaburan yang akan terus diatur dan dilaksanakan.
Industri tumpuan yang akan terus diberi penekanan adalah seperti Sains Hayat, Pembuatan Makanan dan Minuman (F&B), Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik, Kelengkapan Pengangkutan seperti industri Aeroangkasa dan Dron serta Mesin dan Peralatan.
Bagi sektor perkhidmatan pula, Kerajaan telah mengenal pasti sektor yang berpotensi untuk berkembang di Selangor antaranya industri Perkhidmatan Logistik dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology.
Pelbagai inisiatif lain untuk menggalakkan pelaburan di Selangor adalah seperti Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program, iaitu satu program untuk membantu mempercepatkan perlaksanaan projek – projek pelaburan dengan sokongan – sokongan pelaburan yang diperlukan.
Bagi sektor pembangunan Sains Hayat pula, program ’Selangor Lab Partnership’ diperkenalkan untuk merapatkan jurang antara pihak institusi pendidikan dan industri supaya penyelidikan-penyelidikan dapat diusahakan secara kolaborasi yang lebih jitu dan produk-produk dapat mencapai keberhasilan untuk dipasarkan.