Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

130) PELABURAN LANGSUNG ASING ( FDI )

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah syarikat yang pelabur asing yang melabur di Negeri Selangor sehingga Disember 2020 - Disember 2021?

    Jumlah projek pelaburan asing di dalam sektor perkilangan yang diluluskan oleh pihak MIDA bagi tahun 2020 ialah 113 projek dengan jumlah pelaburan RM 11.5 billion. Manakala bagi tahun 2021, sebanyak 87 projek pelaburan asing telah diluluskan oleh MIDA dengan jumlah pelaburan RM 1.46 bilion.

  2. Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang dapat dimanfaatkan melalui pelaburan yang diperolehi oleh rakyat Selangor?

    Bagi tahun 2020, sebanyak 19,950 peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan telah berjaya diwujudkan. Bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 pula sebanyak 14,393 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan dari projek-projek perkilangan yang telah diluluskan MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.