Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

47) PELABURAN LANGSUNG ASING ( FDI )

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik pelaburan langsung asing ( FDI ) ke Negeri Selangor bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018?

    Statistik pelaburan langsung asing (FDI) ke Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Jun 2019 adalah sebanyak RM 3,815,659,559 (RM 3.82 bilion) berbanding RM 1,571,251,250 (RM 1.57 bilion) yang direkodkan bagi tempoh yang sama bagi tahun 2018. Secara perbandingan, nilai pelaburan asing bagi tempoh Januari hingga Jun 2019 meningkat sebanyak 59% berbanding Januari hingga Jun tahun 2018.

  2. Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk menarik minat pelabur luar untuk melabur ke Negeri Selangor bagi tahun 2020?

    Usaha untuk menarik pelaburan pelabur luar merupakan usaha yang dilaksanakan secara berterusan. Antara cadangan program – program yang akan dilaksanakan bagi tahun 2020 adalah seperti berikut;-

     

    Strategi jangka masa panjang;-

     

    Melaksanakan perancangan pelan perancangan strategik sektor perindustrian yang telah diterbitkan.

     

    Merangka dan memacu hala tuju pembangunan perindustrian melalui Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan seperti;-

    Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC)

    Selangor Halal Council

    Selangor Aerospace Council

    Selangor BioTech Council

    Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program misi pengalakkan pelaburan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara-Negara yang berpotensi dan yang telah dikenal pasti.

    Program promosi melalui media cetak dan elektronik.

    Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-Dewan Perniagaan dalam dan luar Negara).

     

    Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.

    Cadangan pengkelasan kawasan perindustrian mengikut standard kawasan perindustrian luar Negara bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif mengikut keperluan industri.

    Mewujudkan kawasan perindustrian yang selesa dan kondusif berkonsepkan Managed Industrial Parks.

    Penganjuran ekspo dan forum bertaraf antarabangsa.

    Penerbitan buku panduan Doing Business in Selangor : A Guide Book fo Investors

    Stratagi jangka masa pendek;-

    Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau elektronik.

    Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para pelabur.

    Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.

    Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan pembangunan.

    Menyediakan peruntukkan khusus bagi penyelenggaran kawasan perindustrian di setiap PBT.

    Mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu menyelesaikan isu-isu kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.