Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
197) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah syarikat pelaburan asing yang melabur di Negeri Selangor sehingga Jun 2019?
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2019, sebanyak 75 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor oleh MIDA dengan jumlah pelaburan bernilai RM1,521,573,566.00 (RM1.522 bilion)
Daripada jumlah ini sebanyak 51 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan bernilai RM1,126,208,695 dan sebanyak 24 merupakan projek pengembangan/ penambahan pelaburan dengan nilai pelaburan berjumlah RM395,364,871.00
-
Berapakah nilai pelaburan yang telah berjaya dibawa untuk tahun ini?
Nilai pelaburan yang telah diluluskan di Negeri Selangor oleh MIDA bagi tempoh Januari hingga Mac 2019 adalah sebanyak RM1,521,573,566 (RM1.522 bilion).
-
Berapa banyak peluang pekerjaan dapat dimanfaat dengan pelaburan yang diperolehi untuk rakyat Negeri Selangor?
Hasil daripada projek-projek perkilangan tersebut, sebanyak 3,819 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan di Negeri Selangor.