Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
157) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah syarikat pelaburan asing yang melabur di Negeri Selangor sehingga Disember 2019?
Bagi tempoh Januari sehingga September 2019, 105 syarikat pengilangan melibatkan pelaburan asing telah diluluskan MIDA di Negeri Selangor.
-
Nyatakan perkembangan terkini 75 projek perkilangan yang telah diluluskan oleh MIDA pada suku kedua tahun 2019 yang lepas.
Bagi suku pertama 2019 (Jan hingga Mac), 75 projek telah diluluskan MIDA, di mana ia melibatkan 51 Projek Baru dan 24 Projek Pelaburan Tambahan dengan jumlah pelaburan RM1.5 billion.
Untuk suku kedua (April hingga Jun), 57 Projek telah diluluskan dengan nilai pelaburan RM4.4 Billion. Dari jumlah ini, 51 projek telah melaksanakan projek dan 6 masih dalam proses pembinaan kilang.
Nota (kegunaan dalaman shj): Antara projek utama yang masih dalam pembinaan kilang ialah Pelaburan Tambahan; GS Paperboard, Best Eternity & Wilmar Palm Products.
Manakala untuk sehingga suku ketiga (Januari-September) 2019, 232 Projek dengan nilai pelaburan RM16.4 Billion telah diluluskan MIDA di Negeri Selangor. Pelaburan ini melibatkan 147 Projek Baru (RM7.5 Billion) dan 85 Projek Pelaburan Tambahan (RM8.9 Billion).
Nota (kegunaan dalaman shj): Projek pengilangan dengan pelaburan tertinggi bagi tempoh Jan-Sept 2019, (Wistron-RM 3.38 Billion) telah mula menjalankan operasi pengeluaran bagi projek pelaburan tambahan di KP.Bandar Sultan Sulaiman Fasa 4, Klang.)
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan dapat dimanfaatkan melalui pelaburan yang diperolehi untuk rakyat Selangor.
Bagi tempoh Januari hingga September 2019, Sebanyak 16,795 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor.