Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
148) PELABURAN KELUAR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pelaburan keluar pada 2018 dan faktornya
Bagi tempoh Januari hingga Julai 2018, Jabatan Tenaga Kerja telah merekodkan sebanyak 13 syarikat yang membuat penutupan operasi di Negeri Selangor dengan melibatkan seramai 313 pekerja tempatan.
Antara faktor – faktor yang menyebabkan penutupan operasi syarikat adalah seperti berikut;-
- Pemindahan operasi ke tempat lain.
- Kejatuhan pasaran produk. iii. Kos pengeluaran meningkat. iv. Kejatuhan permintaan dalam pasaran. v. Tiada permintaan produk vi. Penggulungan syarikat.
Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri meyakinkan pelabur-pelabur di Selangor?
Bagi menyakinkan pelabur – pelabur untuk terus mengekalkan dan membuat penambahan pelaburan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan terus melaksanakan program-program bagi menyantuni pelabur yang sedia ada. Antara langkah – langkah yang diambil seperti;-
- Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-Dewan Perniagaan dalam dan luar Negara).
- Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.
- Meneruskan perlaksanaan program – program menyantuni pelabur dengan mengadakan program networking dan sesi pertemuan dengan pelabur – pelabur bagi mengeratkan hubungan antara pihak industri dengan Kerajaan Negeri dan jabatan teknikal disamping mendapatkan maklum balas berkenaan permasalahan yang dihadapi.
- Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dan selesa untuk para pelabur.
- Mewujudkan kawasan perindustrian berkonsepkan Pengurusan Kawasan Industri (Managed Industrial Parks).
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO. vii. Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan pembangunan.
- Menyediakan peratusan peruntukkan secara khusus bagi penyelenggaran kawasan perindustrian di setiap Pihak Berkuasa Tempatan.
Mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu-isu kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.