Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
230) PELABURAN KE SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak pelaburan yang masuk ke Selangor sehingga sekarang pada tahun ini?
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 sebanyak 73 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1,209,661,810. Daripada jumlah ini sebanyak RM 599,518,179 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 310,143,631 daripada pelaburan asing. Sebanyak 4,310 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.
-
Apakah masalah-masalah yang masih dihadapi oleh Kerajaan Selangor dalam menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik ke negeri Selangor?
Masalah-masalah yang masih dihadapi dalam menarik pelaburan asing dan domestik ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-
- Kekurangan lokasi yang bersesuaian bagi jenis-jenis industri yang tertentu seperti industri perkapalan (membina dan membaiki kapal, industri penapisan minyak dan industri akuakultur.
- Masalah kekurangan bekalan gas (LNG) untuk kegunaan industri.
- Harga tanah yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.