Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

254) PELABURAN INISIATIF PBT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan khusus setiap PBT di Selangor dalam menarik pelaburan dalam dan luar negara bagi merancakkan ekonomi?

    Kerajaan Negeri telah mewujudkan Unit Pelaburan dan melantik Pegawai Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan. Rasional penubuhan Unit Pelaburan ini bagi menggalakkan dan menjana pertumbuhan ekonomi Pihak Berkuasa Tempatan yang berterusan serta menerokai peluang pelaburan berasaskan potensi dan prospek ekonomi tempatan. Objektif penubuhan Unit Pelaburan adalah :-

    • Untuk meningkatkan pelaburan di PBT terutamanya di bidang perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan di kawasan PBT.
    • Membantu syarikat mendapatkan kelulusan segera terhadap projek pelaburan yang akan dilaksanakan.
    • Memantau pelaksanaan projek dan membantu mengatasi masalah yang dihadapi pelabur jika berbangkit.

    Peranan Unit Pelaburan dan Perdagangan di Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut;-

    • Mempromosikan PBT/Daerah sebagai destinasi pelaburan mengikut kekuatan sumber ekonomi daya di kawasan PBT berkenaan.
    • Membantu menangani masalah yang dihadapi oleh pelabur untuk mendapatkan tapak, kelulusan pelan bangunan dan lain-lain.
    • Memastikan program pembangunan seperti infrastruktur dilaksanakan untuk menarik dan memenuhi kehendak pelabur.
    • Memastikan pihak berkuasa memaklumkan secara jelas kepada pelabur mengenai prosedur kelulusan tanah, pelan susun atur, pelan bangunan dan pelesenan diperlukan serta kaedah untuk mendapatkannya.
    • Mengenal pasti projek-projek baru yang berpotensi di PBT/Daerah berkenaan mengikut kekuatan masing-masing.
    • Menyediakan maklumat asas pelaburan sebagai rujukan pelabur.
    • Memantau kelulusan pelaburan dan perdagangan di setiap PBT yang telah diberikan bagi melihat perlaksanaannya supaya tempoh kelulusan dapat disingkatkan dan pelabur mencapai keuntungan daripada pelaburan yang dibuat
  2. Nyatakan statistik pencapaian pelaburan dari awal Jun 2013 hingga penghujung Jun 2015 mengikut PBT?

    Statistik pencapaian pelaburan dari awal Jun 2013 hingga Mac 2015 mengikut Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor seperti jadual berikut;-

    Pihak Berkuasa Tempatan Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Majlis Perbandaran Klang 111 9,302 2,174,868,010 2,519,204,425 4,694,072,435
    Majlis Bandaraya Shah Alam 102 7,957 1,262,422,732 1,875,395,658 3,137,818,390
    Majlis Daerah Hulu Selangor 15 1,861 1,688,966,846 945,490,612 2,634,457,458
    Majlis Perbandaran Sepang 5 5,888 1,906,004,282 402,321,920 2,308,326,202
    Majlis Daerah Kuala Langat 20 2,112 407,629,668 836,010,420 1,243,640,088
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 51 2,278 965,310,384 125,159,841 1,090,470,225
    Majlis Perbandaran Kajang 56 3,008 500,097,475 300,218,050 800,315,525
    Majlis Perbandaran Selayang 27 1,632 521,728,657 55,488,778 577,217,435
    Majlis Daerah Kuala Selangor 16 857 243,940,722 27,617,042 271,557,764
    Majlis Bandaraya Petaling Jaya 22 756 209,640,209 46,670,008 256,310,217
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 0 0 0 0 0
    Majlis Daerah Sabak Bernam 0 0 0 0 0
     Lain-Lain Kawasan 10 322 94,733,796 18,501,564 113,235,360
    Jumlah Keseluruhan 435 35,973 9,975,342,781 7,152,078,318 17,127,421,099

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.