Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
15) PELABURAN INDUSTRI PERKILANGAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah yang telah berjaya dibawa ke negeri Selangor dalam industri perkilangan dari pelaburan asing dan tempatan sepanjang tahun 2021?
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 sebanyak 122 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4,639,452,938 (RM 4.64 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM 4,062,465,830 daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 576,987,108 daripada pelaburan asing. Sebanyak 9,179 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan
-
Senaraikan kawasan yang sudah dalam pembinaan untuk sektor perkilangan dan nytakan projek yang dalam perancangan?
Kelulusan projek perkilangan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 mengikut lokasi dan daerah di Negeri Selangor seperti berikut;
Daerah / Lokasi Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Petaling Sungai Way FTZ / Seri Setia FTZ 1 559 0 350,174,346 350,174,346 Petaling Jaya 3 109 57,089,439 2,595,000 59,684,439 Puchong 4 87 82,081,470 793,218 82,874,688 Puchong IE 2 118 285,116,693 0 285,116,693 Sungai Buloh Kuala Lumpur (PJ) / Sungai Buloh Shah Alam 2 140 12,015,698 3,000,000 15,015,698 Seri Kembangan / Serdang 6 220 82,905,857 0 82,905,857 Subang 1 52 39,740,773 0 39,740,773 Subang Jaya 1 0 3,320,150 0 3,320,150 Subang Jaya IE 1 59 7,283,540 7,283,540 14,567,080 Subang UEP 1 65 7,100,000 63,900,000 71,000,000 Glenmarie 2 240 161,200,000 12,645,376 173,845,376 Shah Alam 18 484 322,632,378 14,156,050 336,788,428 Jumlah 42 2,133 1,060,485,998 454,547,530 1,515,033,528 Klang Klang 16 600 194,414,274 31,418,341 225,832,615 Pelabuhan Klang 3 110 44,955,336 20,190,000 65,145,336 Pandamaran IE 1 0 2,379,762 238,238 2,618,000 Pandamaran 3 33 12,982,000 0 12,982,000 Selat Kelang Utara IE 2 59 43,600,000 0 43,600,000 Rantau Panjang Klang 1 75 14,800,000 0 14,800,000 Kapar 2 14 6,742,457 4,015,003 10,757,460 Pulau Indah IE 2 48 97,430,367 23,520 97,453,887 Teluk Gong 2 26 7,878,988 8,636,964 16,515,952 Jumlah 32 965 425,183,184 64,522,066 489,705,250 Kuala Selangor Ijok 2 84 28,494,325 4,462,072 32,956,397 Jumlah 2 84 28,494,325 4,462,072 32,956,397 Hulu Langat Bangi IE (Ph.1 & Ph.2) 1 0 2,591,400 0 2,591,400 Cheras Jaya IE / Inch Kenneth / Balakong 1 0 7,391,694 0 7,391,694 Balakong IE 3 299 65,222,587 0 65,222,587 Bangi 1 39 14,069,000 0 14,069,000 Kajang 4 131 40,561,084 0 40,561,084 Beranang 4 222 55,569,431 5,035,634 60,605,065 Beranang IE 1 45 16,651,249 0 16,651,249 Balakong 1 82 10,994,293 0 10,994,293 Bandar Teknologi Kajang 3 120 24,922,770 0 24,922,770 Semenyih 1 28 10,000,000 0 10,000,000 Jumlah 20 966 247,973,508 5,035,634 253,009,142 Gombak Batu Caves 1 59 22,436,386 5,609,096 28,045,482 Selayang IE 1 125 28,828,892 0 28,828,892 Rawang IE 2 60 16,075,436 0 16,075,436 Rawang 6 260 47,498,473 12,310,000 59,808,473 Kepong (Selayang) 1 14 2,529,776 0 2,529,776 Jumlah 11 518 117,368,963 17,919,096 135,288,059 Kuala Langat Banting 2 775 321,066,082 8,700,710 329,766,792 Telok Panglima Garang IE 1 5 0 0 0 Telok Panglima Garang 4 240 45,995,420 21,800,000 67,795,420 Jumlah 7 1,020 367,061,502 30,500,710 397,562,212 Hulu Selangor Sungai Choh Rawang-Hulu Selangor 1 75 13,200,000 0 13,200,000 Serendah 2 59 33,031,000 0 33,031,000 Bukit Beruntung 2 42 27,761,550 0 27,761,550 Jumlah 5 176 73,992,550 0 73,992,550 Sepang Sepang 1 3,181 1,700,300,000 0 1,700,300,000 Jumlah 1 3,181 1,700,300,000 0 1,700,300,000 Sabak Bernam Sekinchan 1 90 36,446,800 0 36,446,800 Sabak Bernam 1 46 5,159,000 0 5,159,000 Sungai Besar 0 Jumlah 2 136 41,605,800 0 41,605,800 Lain-lain Kawasan 0 Jumlah 122 9,179 4,062,465,830 576,987,108 4,639,452,938 Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor turut membantu menyelaras kelulusan pembangunan yang melibatkan sebanyak 29 syarikat perkilangan di Negeri Selangor melibatkan beberapa daerah seperti di Kuala Langat, Sepang, Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Penglibatan Invest Selangor hanya melibatkan beberapa projek sahaja dan tidak menunjukkan jumlah sebenar bilangan projek yang diluluskan oleh pihak MIDA di Selangor kerana tidak semua projek perkilangan yang diluluskan merujuk kepada Invest Selangor dalam proses pembangunan mereka.
Selain itu, terdapat juga kelulusan projek perkilangan yang melibatkan aktiviti pengembangan dan penambahan pelaburan di atas tapak kilang yang sedia ada.