Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

1) PELABURAN HIJAU DAN HI-TECH DI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah pelaburan yang diterima oleh Kerajan Negeri sejak 2020 sehingga sekarang.

    Bagi tempoh 2020 sehingga Jun 2022, sebanyak 689 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan pelaburan berjumlah RM 30, 819,640,381.00 (RM 30.82 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM 19,160,038,441.00 (RM 19.16 bilion) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 11,659,601,940.00 (RM 11.66 bilion) adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 39,287 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

  2. Apa jenis sektor dan industri yang menjadi fokus untuk pelabur?

    Jenis sektor industri yang menjadi fokus untuk pelabur seperti;-

    1. Sains Hayat (Life Sciences)
    2. Pembuatan Makanan & Minuman (Food & Beverages),
    • Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic)
    1. Kelengkapan Pengangkutan (Transport Equipment)
    2. Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment)

    Selain daripada itu, terdapat 2 industri baru turut dikenalpasti dan berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan seperti;-

    1. Perkhidmatan Logistik (Logistic Services);
    2. Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre dan Creative Content Technology
  3. Apa rancangan masa depan untuk Kerajaan Negeri untuk mendapat pelaburan hijau dan teknologi tinggi?

    Pihak Invest Selangor ketika ini sedang melaksanakan kajian bagi menilai semula sektor – sektor yang menjadi tumpuan sebelum ini dan meneroka sektor – sektor baru yang berpotensi dan menjadi kekuatan Selangor untuk dipromosikan di masa hadapan dalam usaha menarik pelaburan dalam pelbagai sektor yang berpotensi.

Lampiran

Tiada Lampiran.