Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

31) Pelaburan Domestik

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pelaburan yang masuk ke Negeri Selangor sejak Januari 2020 hingga sekarang mengikut kategori dan jenis pelaburan?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2020, sebanyak 122 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,386,391,933 (RM 3.39 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM 1,826,844,465 (RM 1.83 bilion) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1,559,547,468 (RM 1.56 bilion) daripada pelaburan asing.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaburan di Selangor sentiasa diyakini oleh pelabur?

    Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan berbagai program dalam usaha memastikan Negeri Selangor kekal relevan dan sentiasa diyakini oleh Pelabur. Walaupun dalam keadaan dunia dilanda Pandemik COVID-19 ketika ini, ia tidak menghalang untuk pihak Kerajaan Negeri melaksanakan program – program promosi yang telah dijadualkan dan dirancang sebelum ini menerusi pelbagai kaedah seperti webinar, persidangan dan pameran secara maya (virtual). Bagi program – program secara fizikal pula, perlaksanaan program – program tersebut mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan.

    Bagi tempoh Januari hingga September 2020, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap telah melaksanakan sebanyak 131 program / aktiviti penggalakkan pelaburan bagi menggalakkan aktiviti pelaburan baru dan penambahan pelaburan sedia ada. Pecahan program / aktiviti tersebut seperti:-

Lampiran

Tiada Lampiran.