Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
161) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelaburan yang Berjaya dibawa masuk ke Negeri Selangor sehingga Jun 2011.
Bagi tempoh Januari hingga April 2011, sebanyak 80 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,193,884,013. Dari jumlah ini sebanyak RM 1,608,638,345 daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1,585,245,668 daripada pelaburan asing. Sebanyak 4,621 peluang pekerjaan telah diwujudkan.
-
Nyatakan Negara-Negara yang paling banyak melabur di Negeri Selangor
Projek pelaburan yang diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor mengikut
penyertaan pelaburan asing adalah seperti berikut;-
Negara Projek Jumlah Pelaburan Asing (RM) Korea Rep. 2 641,613,063 Singapore 4 485,203,850 Australia 2 101,700,000 Switzerland 1 92,000,000 Japan 4 76,341,102 Taiwan 1 37,500,000 India 1 24,567,000 United Kingdom 1 23,575,000 United States 2 17,151,280 Germany 2 16,660,000 Canada 1 14,600,003 China 4 11,134,000 Netherlands 1 3,050,360 Bangladesh 1 2,560,000 Italy 1 1,321,325 Lain-Lain 6 36,268,685 Jumlah *** 1,585,245,668 *sumber : MIDA