Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

156) PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah projek, peluang pekerjaan ditawarkan dan nilai pelaburan pada tahun 2015 mengikut daerah

    Bagi tahun 2015, sebanyak 222 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 7.963 bilion. Maklumat pecahan potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan dan nilai pelaburan mengikut daerah seperti berikut;-

     

    Daerah Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Petaling 83 4,712 1,043,164,562 1,810,987,236 2,854,151,798
    Klang 53 3,793 959,467,157 698,301,414 1,657,768,571
    Gombak 18 1,119 760,863,079 191,773,788 952,636,867
    Sepang 2 323 159,000,000 587,000,000 746,000,000
    Kuala Langat 17 1,041 333,691,764 224,179,630 557,871,394
    Hulu Langat 28 1,628 376,352,951 172,945,732 549,298,683
    Hulu Selangor 10 701 477,790,640 20,564,713 498,355,353
    Kuala Selangor 6 348 5,379,585 60,470,770 65,850,355
    Sabak Bernam 0 0 0 0 0
    Lain-lain Kawasan 5 474 66,765,439 15,100,400 81,865,839
    Jumlah 222 14,139 4,182,475,177 3,781,323,683 7,963,798,860
    • Sumber : MIDA

     

  2. Nyatakan insentif atau ganjaran yang diberikan kepada pelaburan tersebut

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif atau galakan berbentuk kewangan kepada pelabur tempatan atau

     

    Insentif-insentif berbentuk kewangan yang diberikan kepada pelabur ketika ini adalah insentif yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Antara insentif utama yang ditawarkan adalah Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan.

     

    Walaupun secara dasarnya tiada insentif atau galakan berbentuk kewangan yang ditawarkan, namun pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenalpasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan

Lampiran

Tiada Lampiran.