Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
139) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pelaburan dari blok Asia di Selangor.
Bagi tempoh tahun 2015 hingga Jun 2017, sebanyak 145 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor dengan penglibatan para pelabur dari negara- negara blok Asia dengan nilai pelaburan bernilai RM 5,387,532,751
-
Nyatakan jumlah dan jenis pelaburan dari blok dari negara OIC.
Bagi tempoh 2015 hingga Jun 2017 sebanyak 17 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor yang melibatkan pelabur dari negara – negara OIC dengan nilai pelaburan berjumlah RM 308,403,623. Antara industri yang melibatkan penglibatan pelabur-pelabur dari Negara OIC adalah seperti berikut;-
- Food Manufacturing
- Chemical Products
- Petroleum Products ( Inc. Petrochemicals)
- Textiles
-
Nyatakan jumlah dan jenis pelaburan dalam negara di Selangor
Bagi tempoh 2015 hingga Jun 2017, MIDA merekodkan nilai pelaburan berjumlah RM 17,550,421,629 dengan 551 projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor. Pelabur tempatan merupakan penyumbang terbesar dengan nilai pelaburan berjumlah RM 9,582,432,557 (55%). Antara industri – industri yang menjadi tumpuan seperti berikut:-
- Food
- Beverages & Tobacco
- Textiles Products
- Wood Products
- Furniture & Fixtures
- Paper, Printing & Publishing
- Chemical Products
- Petroleum Products (inc. Petrochemicals)
- Rubber Products
- Plastic Products
- Non – Metallic Mineral Products
- Basic Metal Products
- Fabricated Metal Products
- Machinery Manufacturing
- Electronics & Electricals Products
- Transport Equipment
- Scientific & Measuring Equipment